SAHABAT BLOG

15 September 2012

Kenapa LGBT Semakin Meningkat.

Adakah kesukaran untuk berkahwin menyebabkan gejala Homoseksual dan lesbian makin meningkat dan semakin membimbangkan dewasa ini? 

Sekarang ini perkahwinan adalah suatu perkara yang amat membebankan kepada anak muda yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kos untuk sebuah majlis perkahwinan di bandar-bandar paling koman pun boleh mencecah belasan ribu ringgit termasuk belanja hantaran yang semakin meningkat. 

Dalam erti kata lain, perkahwinan menjadi semakin sukar kerana pembentukan budaya penganjuran majlis perkahwinan yang jauh lari daripada syariat Islam. Boleh dikatakan budaya penganjuran majlis perkahwinan berubah dalam masa yang cukup singkat. Kalau dulu, perubahan budaya itu mengambil masa yang cukup lama, tetapi dalam zaman internet ini, perubahan budaya itu begitu cepat berlaku. Contoh paling mudah, penggunaan kad kahwin yang semakin canggih, pengunaan penganjur perkahwinan, dan sebagainya. Semuanya budaya ini menyumbang kepada kesukaran dan kesulitan sesuatu majlis perkahwinan. 

Islam mengariskan semakin murah mahar perkahwinan itu, semakin berkat sesuatu perkahwinan itu. Namun dewasa ini, semakin mewah majlis perkahwinan, semakin  meriah dan megah sesuatu perkahwinan itu. Nampaknya masyarakat kita lebih memilih kemeriahan dan kemegahan berbanding keberkatan sesuatu perkahwinan. Tidak hairanlah kita dapati masalah rumah tanggan di kalangan pasangan yang baru kahwin semakin menjadi-menjadi dan statistik perceraian pun meningkat. Elok juga dibuat kajian hubungan majlis dan mahar pasangan yang bercerai atau yang mengalami masalah rumahtangga itu dan cuba kaitkan dengan saranan Islam. 

Kaitan kesukaran untuk pasangan muda untuk berkahwin ini sepatutnya menyumbang kepada kepesatan dan kemewahan gelaja hubungan seks luar nikah di kalangan anak remaja. Perkara ini tidak dinafikan. Namun demikian, hubungan seksual dan lesbian juga menjadi meningkat. Ianya seperti peningkatan permintaan pengguna terhadap barangan menyebabkan barangan yang boleh menyediakan perkhidmatan yang serupa turut meningkat.

Kenapa lelaki tertarik untuk mengikat kasih sayang mereka kepada kaum sejenis begitu juga dengan perempaun. Adakah disebabkan faktor pemakanan menjadi penyumbang kepada gejala ini. Sebagaimana kita ketahui sekarang ini para ibu bapa suka menyegerakan dalam soal makanan dan minuman. Semua perkara dari yang kecil sehingga yang besar semuanya ada yang segera. Roti Canai segera, kopi 3 dalam 1, karipap segera, dan sebagainya segera. Kesibukan para ibu bapa dan ramai juga ibu bapa yang semakin berkira untuk menyediakan makanan kepada keluarga masing-masing menjadi penyebab kenapa makanan segera menjadi pilihan ramai sekarang ini. 

Dalam masa yang sama aku percaya para ada di kalangan peniaga kita dewasa ini semakin kurang beretika di dalam perniagaan mereka. Apa yang mereka pentingkan adalah keuntungan sahaja. Kita ada jabatan yang menjaga kesucian halal haram, tetapi kita tidak satu garis panduan dan pemantauan yang serius dalam etika perniagaan. Tidak hairanlah ada di kalangan para peniaga yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk meraih keuntungan. Ambil contoh mudah, pernah tak sesiapa yang memakan goreng pucuk paku ataupun pucuk manis dimana-mana restoran, boleh dikatakan hampir suku daripada sayur-sayur berkenaan tidak boleh di makan kerana keras dan tidak empuk. Itu baru contoh yang cukup mudah untuk didapati dan boleh nampak oleh mata kasar. Bagaimana kita hendak mengenal pasti bahan-bahan yang hancur bersama-sama makanan yang digunakan oleh para peniaga dengan tujuan mencari keuntungan. Makanan ringan yang dijual-jual di kedai usah ceritalah kerana aku percaya begitu sukar untuk mendetail bahan-bahan yang digunakan. 

Akhir sekali apa yang aku ingin nukilkan kenapa dan mengapa LGBT atao homoseksual ini menjadi semakin ketara ialah ada pemimpin besar yang terlibat dengan aktiviti berkenaan. Pada masa yang sama pemimpin yang disyaki mengamalkan aktiviti homoseksual ini masih diterima di dalam masyarakat. Bahkan beliau pada masa yang sama pertahankan oleh para alim ulama. Maknanya para pengamal LGBT ini merasakan seolah-olah aktiviti mereka ini selamat dan tidak boleh disentuh kerana mereka yakin selagi tidak ada bukti 4 saksi yang melihat akltiviti mereka ini, selagi itulah mereka masih boleh menafikannya.  

Reaksi awam terhadap aktiviti homoseksual dan lesbian ini masih kurang. Orang awam ataupun pihak berkuasa hanya melahirkan rasa meluat mereka secara ridak agresif dan meluas. Sepatutnya pihak berkuasan dan orang awam hendaklah mempromosikan aktiviti lesbian dan homoseksual atau LGBT ini sebagai sesuatu yang jijik dan najis. Tanamkan ke dalam minda para pelajar sekolah bahawa aktiviti LGBT ini sebagai sesuatu yang najis dan para pelakukan hendaklah dilayan seperti seorang pesakit kusta atau pesakit AIDS. Mereka hendaklah dijauhi dari kehidupan normal masyarakat. Jika ada dikenalpasti mengamalkan aktiviti berkenaan, maka mereka hendaklah disisihkan dari sebarang aktiviti masyarakat setempat. 






No comments: