SAHABAT BLOG

19 July 2013

Alvin and Vivian Mengaku Tidak Bersalah - Manusia Zaman Batu Ke Dorang ni??



Artikel ini berkaitan dengan dakwaan menghina Islam oleh pasangan bloger seks akan lucah No.1 negara iaitu alvin and vivian lee.

Sebenarnya dalam kepala otak aku terfikir juga, kenapa mereka mengaku tidak bersalah. Ada dua sebab yang aku fikir boleh diterima oleh akal aku.

Sebab pertama, adakah mereka mengharapkan kepada kecekapan putar belit para peguam mereka untuk  melepaskan diri dengan kesilapan teknikal semasa perbicaraan.

Sebab kedua, adakah mereka benar-benar tidak bersalah disebabkan kejahilan yang termata sangat terhadap agam Islam yang mana kejahilan ini sama taraf dengan manusia di zaman batu.

Baiklah kalau kita ambil hujah bahawa mereka ini teramat-amat-amat-amat jahil yangmana kejahilan mereka sama taraf dengan manusia zaman batu, aku percaya mereka berhak untuk tidak mengaku salah dan berhak untuk dimaafi jika sekiranya mereka memohon maaf kerana  Allah S.W.T. sendiri pun memaafkan umatnya yang jahil apabila melakukan kesilapan, inilah pula hambaNya. Namun demikian tidak berhenti setakat itu sahaja, sebagai hukumannya aku mencadangkan supaya pasangan ini diberikan takzirah dan juga ceramah-ceramah berkenaan Agama Islam selama sebulan ataupun dua bulan jika masih jahil ataupun setahun jika terlalu dungu, supaya mereka ini faham apa yang boleh dan aa yang tidak boleh dilakukan oleh orang Islam. Dalam erti kata lain, supaya mereka tidak lagi jahil tentang Agama Islam dan mereka tidak lagi menghina agama Islam.

Bagi sebab pertama iaitu mereka mengharapkan kenijaksanaan para peguam mereka untuk putar belit dalam mahkamah sehingga mereka berjaya dibebas dan dilepaskan, aku berpandangan bahawa ini adalah satu perbuatan yang teraamat-amat tidak patut. Sudah terang lagi bersuluh dengan spot light kesalahan yang mereka laku , kenapa masih lagi tidak mahu mengaku. Pengakuan tidak bersalah mereka ini bakal mengundang satu lagi polemik dan isu kepada masyarakat Islam. Masyarakat Islam tertanya-tanya kenapa mereka mengaku tidadk bersalah sedangkan terang-terang mereka sebenarnya sengaja untuk melakukan perbuatan menghina Islam. Pada masa yang sama, saya difahamkan mereka juga memuatkan video permohonan maaf mereka di dalam youtube. Ini menandakan bahawa mereka yang melakukan perbuatan tersebut dan bukannya ada pihak lain yang terlibat.

Kita tengok jelah apa kesudahannya......

No comments: