Remaja didakwa sumbang mahram dengan kakak sendiri
JERANTUT 13 Sept. - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, pada November 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.
Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.
Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - BERNAMA
COKAM: Adakah berita ini ada kaitannya dengan berita Bekas Pemimpin PKR dan anaknya yang dituduh sumbang mahram baru-baru ni?
No comments:
Post a Comment