SAHABAT BLOG

13 September 2012

Kenapa Pakatan Rakyat Mahu PRU 13 Berasingan Terjawab...


Korang tau tak pasal apa Pakatan Rakyat nak buat PRU bagi DUN berasingan. Aku tidak nampak tujuan lain selain daripada kerajaan PR mengharapkan Parlimen dibubarkan awal. Alasan senarai pengundi itu hanyalah kosmetik semata-mata. Kalau PRU berasibgan pun, itu juga senarainya.

Apabila Parlimen dibubarkan, mereka akan menyertai PRU Parlimen dan harapan mereka berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Anwar Ibrahim akan  dilantik menjadi Perdana Menteri.

Sebagai PM, beliau berkuasa penuh terhadap seluruh jentera kerajaan sedia ada termasuk SPR, Polis, tentera, balairaya, sekolah-sekolah, KEMAS, Stesen TV dan sebagainya.

Apabila semua jentera kerajaan dan SPR dikuasai maka mereka boleh berbuat apa sahaja termasuk mengawal segala media elektronik dan media cetak.

Apabila mereka mengawal kesemua media elektronik dan media cetak, maka berita-berita berkenaan Pemimpin BN tidak diketahui rakyat. Termasuklah kempen-kempen BN juga tidak diketahui rakyat.

Permit-permit ceramah di Selangor hanya diberikan kepada Pakatan Rakyat, manakala BN akan mengalami kesusahan untuk mendapatkan permit.

Apabila mereka menguasai sepenuhnya sebagai kerajaan dan Anwar menjadi PM, maka peluang bagi mereka bagi memastikan negeri-negeri yang mereka kuasai seperti Selangor, Penang, Kedah,  Kelantan terus kekal menjadi milik mereka lebih cerah.

Pada masa itu BN adalah pembangkang di Parlimen. Sebagai pembangkang BN hilang cengkaman terhadap semuanya.

Inilah sebab sebenarnya kenapa PR sengaja tidak mahu mengadakan PRU di DUN negeri Selangor secara serentak. Semuanya ini disebabkan mereka sebenarnya takut dan menjangkakan bahawa BN akan merampas kembali Selangor.

No comments: