SAHABAT BLOG

02 June 2009

iSU sEMASA

Assalamualaikum. Lama benar aku tak kemaskini blog aku. Terasa malas pulak nak update kerana kalau aku update pun, yang bacanya aku sorang je. Banyak perkara yang telah berlaku akhir-akhir ini yang tidak aku update dalam blog aku ini. Aku akan ringkaskan beberapa perkara yang aku rasa nak update.

Kabinet Malaysia

Walaupun dah lama, aku baru nak ulas. Dato’ Seri Najib (DSN) akhirnya menjadi PM Malaysia yang ke enam. Tahniah DSN. Pemilihan DSN pada pendapat aku jika tidak dilanda kontroversi pasal kes Altantuya, merupakan satu rahmat kepada Pemduduk Malaysia. Telah LAMA aku perhatikan hasil kerja DSN. Aku perhatikan setiap Kementerian yang beliau pegang selama ini pasti akan ada kecemerlangan yang dibawa oleh beliau. Oleh itu, aku rasa pemilihan beliau memang tepat. Namun demikian, imej DSN telah dirosakkan oleh individu yang tidak senang dengan beliau. Pernah semasa aku di Medan, seorang wartawan di sana memperlekehkan DS Najib. Sebagai rakyat Malaysia, menjadi pantang aku untuk memperlecehkan pemimpin aku sendiri di mata masyarakat luar. Kesimpulannya, DSN mempunyai banyak cabaran untuk membawa kejayaan kepada Negara.
Pemilihan para menteri pulak, aku cukup setuju dengan tiga perkara. Pertama, aku setuju Mukriz Mahathir menjadi seorang anggota kabinet. Aku jangkakan jawatan Menteri Belia dan Sukan, tetapi menjadi Timbalan Menteri pulak. Aku percaya, beliau akan mem punyai masa depan yang cerah dalam politik tanaair dengan syarat BN akan kekal berkuasa dalam PRU 13 nanti. PRU13 nanti merupakan satu cabaran yang patut diambil oleh Mukriz untuk mengembalikan kepercayaan pengundi kepada BN. Perkara kedua yang membuat aku seronok adalah pemilihan DS Rais Yatim sebagai Menteri yang menjaga TV. Aku harapkan beliau akan sedaya upaya mengawal media komunikasi terutama TV supaya lebih beracuan Negara. Perkara ke tiga yang menjadikan aku seronok dimana ramalan menjadi benar dimana Ketua Pemuda UMNO tak masuk kabinet. Bukan dalam kabinet DSN, tetapi sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan secara rasmi, aku dah jangka bahawa YB Khairy tak akan masuk kabinet. Bukan aku tak suka kepada YB Khairy, tetapi aku terkenangkan kepada DSAI. Aku dapati bahawa perjalanan karier politik YB Kahiry hampir sama seperti DSAI. Mereka begitu porpular dan mendaki puncak dengan cepat dan sebagaimana mereka mendaki, begitu juga juga mereka ke bawah, dengan cepat juga. Bermakna mereka tidak lama berada dipuncak.

Inilah serba sedikit pasal Kabinet Malaysia.

Politik Perak

Politik Perak bergolak semasa aku berada dalam Wad dalam bulan Februari yang lalu. Kedua-dua pihak mempunyai tafsiran undang-undang tersendiri terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak ( UTKP). Namun demikian, dalam penafsiran ini, ada pihak yang cuba untuk memutar belitkan UTKP supaya ianya lebih menguntungkan diri mereka sendiri. Mereka telah membuat tafsiran longgar dan dengan tidak mendalam. Terus terang aku katakan bahawa pihak PR bukannya tidak tahu bahawa UTKP jika ditafsir secara lebih halus, akan memberi kebenaran kepada BN. Namun mereka sengaja untuk mengaburi para penyokong mereka dengan membuat tafsiran longgar. Jalan mudah, mereka membawa kes ke mahkamah. Keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada mereka adalah sesuatu yang telah mereka jangkakan dan mereka juga menjangkakan bahawa keputusan mahkamah rayuan tidak akan berpihak kepada mereka. Itu pasal apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa DS Nizar masih MB yang sah, maka lekas-lekas PR memanggil mesyuarat EXCO dan dengan cepat memutuskan beberapa perkara penting kerana mereka tahu dan cukup tahu bahawa pada bila-bila masa sahaja keputusan Mahkamah boleh memihak kepada BN. Mereka juga dengan pantas memohon mengadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN kerana mereka tahu jika mereka berlengah, dengan harapan BN akan tak sempat untuk kemukakan rayuan di Mahkamah rayuan untuk menangguh perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. Namun dalam permainan ini, BN nampaknya lebih pantas daripada PR.

Kesimpulannya, keputusan sebulat suara 3 hakim adalah satu keputusan yang sah dan patut diterima oleh semua pihak. Keputusan ini sebenarnya boleh diterima secara waras dan jujur oleh para pemimpin PR kerana mereka sejak dari awal lagi mengetahui bahawa mereka membuat tafsiran yang longgar terhadap UTKP, tetapi demi untuk menjaga maruah, mereka sanggup untuk menyembunyikannya dari pengetahuan para penyokong mereka. Aku teringat kepada kisah di zaman Rasullah S.A.W. mula-mula berdakwah dahulu di Kota Makkah. Para pemuka Qurais seperti Abu Jahal, Abu Sufyan, Abu Lahab bukannya tidak mempercayai apa yang dibawa oleh Muhammad kerana mereka sedar bahawa Muhammad adalah seorang Al Amin. Mereka juga mencuri dengar dan mengagumi keindahan Ayat-Ayat Al Quran, tetapi demi ego mereka dan demi maruah mereka dimata para penyokong mereka, mereka sanggup untuk menipu dan membohongi para penyokong mereka akan kebenaran yang mereka tahu. Semoga Allah membuka pintu hati DS Nizar untuk menyebarkan kebenaran kepada para penyokongnya dan berani untuk menentang kehendak para teman rapat DAPnya.

Perlawanan Akhir UEFA

Aku bersengkang mata untuk menonton perlawanan antara MU dengan BARCA kerana aku peminat MU. Kawan aku cakap, game start pukul 1.00 pagi. Aku pun kunci pengera telefon aku jam 1.00 pagi. Bila aku bangun, aku lihat Stadium masih lagi kosong. Pengulas asyik bercakap-cakap dalam bahasa yang aku tidak berapa faham. Aku pun boring dan terus tertidur. Tiba-tiba pada jam 2.45 pagi, aku dikejutkan oleh suara riuh rendah dalam rumah aku. Rupa-rupanya suara sorakan penonton dalam Stadium. Aku pun bingkas bangun dan terus bersugi muka. Permainan dahpun berlangsung kira-kira 7 minit.

Minit-minit awal, aku dapati MU seolah-olah akan memenangi permainan. Tetapi bila sampai ke minit ke 10, Samuel ‘Oto telah mendapat peluang dan sebagai seorang penyerang bertaraf dunia, amat mudah bagi beliau untuk menjaringkan gol. Selepas itu, permainan banyak dikuasai oleh BARCA. Aku tunggu juga kalau-kalau MU dapat membalas jaringan itu supaya permainan seimbang semula. Aku dengar sorakan penyokong BARCA lebih kuat dan meriah berbanding sorakan penyokong MU. Akhirnya perjuangan MU semakin longlai apabila Messi menjaringkan gol kedua dalam minit ke 63 permainan. MU berusaha dengan pelbagai cara dengan memasukkan penyerang tuanya iaitu Paul Schols dan Barbetov dan Tevez. Namun permainan Barcelona cukup kemas . Puyol telah berjaya mengekang kemaraan Ronaldo dan mungkin kecewa punya pasal, Ronaldo telah mengkasari Puyol dan dikenakan kad kuning.

Keputusan akhirnya Barcelona 2- MU 0. Ini bermakna pasukan kegemaran aku iaitu MU tidak berjaya dalam misinya untuk menjadi pasukan pertama yang berjaya mengekalkan piala UEFA yang dimenangi.

Pilihanraya DUN Penanti

DUN penanti kosong bilamana Fairus meletak jawatan. Tak tahu kenapa beliau meletak jawatan, mungkin juga beliau telah diarahkan oleh pihak atasan PKR supaya meletak jawatan kerana beberapa masalah yang melanda Fairus. Ada juga ADUN PR yang nak letak jawatan, tetapi tidak dibenarkan oleh pengurusan tertinggi PR. Jadi betullah sebagaimana anggapan BN bahawa perletakan jawatan Fairus adalah sebagai satu proses pembetulan dalam kerajaan Pulau Pinang. PR nakkan seorang Timbalan Ketua Menteri yang hebat berbanding Firus. Semua ADUN dari PKR yang sedia ada tak berkebolehan.

BN tak meletak calon di DUN penanti. DUN itu adalah kawasan PKR. Mereka berani menghadapi pilihanraya kecil pun kerana yakin menang, tetapi tidak di kawasan lain seperti di Lenjan. BN pun dah tahu kalau bertanding pun belum tentu menang dan lagipun PKR sengaja meletak jawatan untuk membuang ADUN yang tak berkualiti dan menggantikan dengan ADUN yang berkualiti. Di Lenjan, mereka tak berani letak jawatan kerana tak yakin menang, oleh itu walaupun ADUN Lenjan minta untuk meletak jawatan, mereka tak benarkan.

Keputusan BN untuk tidak bertanding telah merosakkan semangat pilihanraya. Namun demikian, sepatutnya tak perlu ada pilihanraya jika disebabkan ADUN nak meletak jawatan. Sepatutnya ADUN kena tanyakan kepada para pengundi mereka sebelum meletak jawatan. Jika pengundi yang memilih mereka sudah tidak mahu kepada mereka ,maka hendaklah dia meletak jawatan. Namun jika pengundi masih memerlukan seseorang ADUN itu, walaupun diminta oleh pihak atasan untuk meletak jawatan, maka mereka tidak boleh meletak jawatan.

No comments: