SAHABAT BLOG

15 January 2009

kOMEN dALAM bLOG DSKT

Dato' Seri. Inilah budaya sebenar politik Malaysia. Sebelum mendapat kuasa pelbagai janji akan dikemukakan. Janji-janji yang tak masuk akal pun dilontarkan. Tetapi bila dah menang dan berkuasa, lupa segala janji-janji yang pernah dilontarkan. Dengan kuasa yang ada, mereka mula memasang pelbagai impian untuk diri sendiri, keluarga dan kroni-kroni mereka. Walaupun kelihatan seolah-olah impian atau cita-cita mereka itu untuk kepentingan rakyat, tetapi sebenarnya, ada ketam dicelah-celah batu kerikil.

Landskap ataupun budaya politik negara kita ini sudah dicanai sedemikian rupa. Tidak dinafikan, ada dikalangan mereka yang merasakan mampu untuk melakukan perubahan dan menawarkan pelbagai pakej perubahan, tetapi bila mereka termasuk dalam golongan yang mengamalkan budaya ini, jawapannya masih tidak berubah sejak diperkenalkan iaitu kalau di Terengganu dua kali lima jawabnya sepuluh, walaupun cuba diubah oleh mereka yang berada di “ bulan “ kepada lima kali dua , tetapi jawapannya masih tetap sama iaitu sepuluh.

Kesimpulannya, kalau benar katakan benar dan kalau salah mengaku sajalah. Jangan ditutupi satu pembohongan dengan himpunan dosa iaitu dengan dengan membuat pembohongan-pembohongan lain yang mana akhirnya pembohongan itu akan dianggap sebagai sesuatu yang benar.Maka berdosalah mereka yang berbohong itu hingga mati.

Jika tidak sanggup untuk mati dengan membawa dosa pembohongan, maka jangan menimbus satu pembohongan dengan pembohongan seterusnya. Sesungguhnya satu kesilapan atau Kesalahan itu akan berkubur dengan satu pengakuan. BERANI KERANA BENAR, KALAU PENAKUT JANGAN BUAT PERKARA SALAH.

No comments: