SAHABAT BLOG

20 October 2012

Hudud ( M) Sudah Berkubur, Kenapa Masih Takut?

Aku pelik dan hairanlah berkenaan ahli politik kita sekarang ni. Tak kira ahli dari partimana sekalipun samada dari UMNO, PAS, DAP, MCA apabila mereka masih bercakap berkenaan hudud. Kenapa masih bercakap pasal hudud, perlaksanaan hudud, undang-undang Islam dan sebagainya sedangkan hudud itu sudah dikuburkan oleh pejuangnya iaitu PAS. 

Sekarang ni tak ada sesiapa atau parti mana lagi di Malaysia ini yang pedulikan pasal hudud. Tidak ada sebuah parti pun dalam Malaysia ini yang bercadang hendak melaksanakan hdud. Kalau dulu, PAS ada jugalah bercita-cita hendak melaksanakan hudud, tetapi sekarang ini PAS sudah menguburkan cita-cita mereka tu. Hudud bagi mereka sudah tidak ada makna. Pasal itu sekarang ini mereka sudah boleh bergabung dan berpadu tenaga dengan parti penentang hudud iaitu DAP. Selain PAS mana ada parti lagi yang bercita-cita sedemikian. 

Sehubungan dalam soal hudud ni, aku rasa sudah tidak ada isu dan semua pihak sepatutnya tidak mengungkitkan lagi perkara ni. PAS pun tak boleh ungkit lagi dalam mana-mana agenda politik mereka kerana mereka sudah tidak berminat kepada hudud. UMNO pula sejak dari awal penubuhannya jelas menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia ni. MCA, DAP atau MIC pula parti kapir dan sudah tentunya mereka tidak mahu hudud dilaksanakan. 

Ekoran ini, bila Presiden MCA kata 1.2 orang rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan. AKu fikir dia ni masih trauma dengan PAS. Beliau masih lagi  terkenangkan PAS suatu ketika dahulu. 

Kalau tidak pun dia ni tidak berpijak di bumi nyata. ataupun tidak membuat kajian lapangan. Aku dah katakan di atas bahawa tiada siapa lagi yang berminat hendak laksanakan hudud di Malaysia ni. Jadi kenapa Chua Soi Lek bangkitkan perkara ni? Mungkin dia ada terdengar pemimpin-pemimpin PAS ada menyebut pasal ni di dalam ceramah-ceramah mereka. 

Sedarlah wahai CSL bahawa pemimpin PAS yang masih bercakap pasal hudud itu adalah pemimpin PAS yang ketinggalan zaman, pemimpin PAS yang kolot, pemimpin PAS yang suka bernostalgia atau pemimpin PAS yang masih tidak keluar dari bawah tempurung. 

Pemimpin PAS sekarang ini, zaman moden ni, sudah tidak berminat untuk bercerita pasal hudud, negara Islam dan sebagainya. Pemimpin PAS zaman moden ini, sudah mula berpijak di bumi nyata bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia ni. Pemimpin PAS yang masih bercakap pasal hudud adalah pemimpin PAS yang terbuang, pemimpin PAS yang tidak diperlukan oleh Parti. Contohnya Hassan Ali, Nasharuddin, dan lain-lainnya. 

Sedarlah kepada semua rakyat Malaysia terutama mereka yang masih trauma dengan perlaksanaan hukum hudud ataupun orang Islam yang masih menaruh harapan kepada hudud, CITA-CITA HUDUD DIM MALAYSIA SUDAH BERKUBUR. Sudah tutup buku dan sudahn tidak ada isu lagi.  Sebagai orang Islam, malang betul rasanya kerana sudah tidak ada pemimpin Islam yang perjuangkan Hudud dan negara Islam sepenuhnya.

No comments: