SAHABAT BLOG

09 August 2012

Khas Untuk Perantau . Kemalangan Boleh DiElak Jika.......


Pulang kampung semasa musim perayaan merupakan perkara wajib bagi kebanyakkan perantau yang masih mempunyai ibu bapa di kampung halaman mereka. Kalau yang dah tak ada mak ayah tu, mereka mungkin berfikir 2 - 3 kali sebelum membuat keputusan untuk pulang beraya di kampung. Kalau balik pun, cuma adik beradik je lah yang masih tinggal.

Musim raya, kita boleh tengok, jalan-jalan mesti jem giler. Tahun ni, lagi jem lagi giler pasal hari raya hampir sangat dengan cuti. Kebanyakkan perantau aku percaya akan ambil peluang untuk pulang pada malam Sabtu atau Hari Sabtu 18hb. Itu nasib-nasib kerana jika anak bulan kelihatan pada petang Jumaat 17hb. maka hari Sabtu tu dah rayalah.  Walaupun kebanyakkan sekolah mengumumkan cuti berganti pada hari Jumaat 17hb. tetapi kebanyakkan ibu bapa yang bukan guru tidak balik lagi kerana ramai yang bercuti selepas raya. Cuti sekolah tu untuk memberi peluang kepada para guru pulang awal. Kakitangan lain selain guru yang turut sama bekerja di sekolah, kena jaga sekolah. Cikgu je yang cuti, tetapi kakitangan lain seperti pembantu tadbir kena kerja  jaga sekolah. 

Setiap tahun, apabila tiba musim perayaan, bukan sahaja orang puasa sahaja yang raya, tetapi yang tak puasa pun sibuk sambut raya. Kadang-kadang mereka yang berlebih-lebih. Raya tu sebenarnya hari kegembiraan menyambut kemenangan melawan hawa nafsu bagi mereka yang puasalah. Bagi yang tak puasa, memang sedari awal lagi mereka dah tewas. jadi Hari Raya bagi mereka langsung tiada makna.

Kenderaan pun turut raya sama. Pada masa nilah kalau nak tengok banyaknya kenderaan di jalanraya. Kalau dilebuhraya tu memang sentiasa banyak kenderaan, tetapi jalanraya di kampung-kampung macam kampung aku sendiri pun meriah juga dengan kenderaan.  Taik-taik lembu tak sempat nak kering habis disapu dek tayar kereta.

Bila dah banyak kenderaan di jalanraya, accident pun raya juga. Setiap hari kita boleh baca berita di dada-dada akhbar berita pasal kemalangan maut. Kena baca Utusanlah, bukan baca Harakah atau Suara Keadilan. Akhbar ni 24 cerita pasal politik memanjang. Kalau dalam akhbar Utusan, pelbagai tajuk menarik yang akan kita jumpa. Contohnya "kempunan ikan patin masak lemak"  " Tak sempat memakai baju raya"  "Tragedi selepas bersahur" " Yatim Piatu di Pagi Raya" dan sebagainya.

AKu bukan nak cakaplah, memang inilah yang berlaku setiap tahun. Macam-macam OPs diperkenalkan oleh kerajaan. Ops Sikap sahaja berbelas kali diadakan, tetapi sikap pengguna jalanraya masih tidak berubah. Setiap hari pasti ada kemalangan maut. Kalau nak tahu statistik, baca Akhbar Utusan Malaysialah, jangan baca Harakah atau Suara Keadilan  Nama je keadilan, tetapi tak adil.

Logiklah kalau kemalangan banyak berlaku kerana kenderaan begitu banyak di jalan-jalanraya termasuklah jalanraya yang sunyi sepi macam di kampung-kampung terpencil. Lagipun dalam musim perayaan ini, pelbagai ragam pemandu boleh kita tengok.  Ada yang baru dua hari mendapat lesen mememandu tetapi bawak kereta macam pelesit. Ada yang dah bertahun bawak kereta tetapi masih teragak-agak untuk membuat keputusan. Ada yang tidak sabar memotong di selekoh, ada yang cukup penyabar sehingga menyusahkan orang lain. Yang paling aku benci ada kereta yang suka cium bau bontot kereta . Kononnya nak tunjuk terrerlah tu. Sekali kereta hadapan brek emergency, kelam kabut mereka mengelak.

Berbalik kepada statistik bahawa setiap hari ada kemalangan maut, ianya memang sah. Kalau tak percaya bacalah Utusan Malaysia. Namun demikian, kita tidak tahu siapa yang terlibat dan dimana ianya berlaku. Ianya adalah rahsia tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T dan para malaikatNya sahaja. Dah tahu begitu, maka sepatutnya para pengguna jalanraya semua  lebih berhati-hati ketika memandu. Apa yang perlu mereka buat dan sarankan untuk diamalkan ialah jangan lalai semasa memandu sehingga lupa kepada kengerian kemalangan. Maknanya sekali sekala kita kena ingat kepada kemalangan. Kita kena ingat kesakitan kesan kemalangan, kita kena ingat anak-anak yang bakal menjadi yatim piatu, isteri yang bakal menjanda, sahabat handai yang bakal ditinggalkan. Rumah mewah , harta berjuta yang bakal diwariskan.

Apabila kita sentiasa ingat kepada kengerian kemalangan, sedarlah bahawa kemalangan itu tidak berbau, maka automatik kita akan lebih berhati-hati ketika memandu. Ini tidak,  ramai di kalangan pemandu kita yang lupa kepada kemalangan, langsung tidak ingat kepada kengerian kemalangan semasa memandu. Apa yang mereka ingat ialah kesedapan makanan waktu berbuka, keseronokan untuk menyambut raya, rancangan untuk menziarah sanak saudara, perasaan teruja untuk memakai baju baru dan sebagainya. Semua perkara ini boleh melalaikan para pemandu ketika sedang memandu. Bukan langsung tidak boleh ingat dan bukan sepanjang masa ingatkan kemalangan, tetapi berpada-padalah. ketika sedang memecut kenderaan maka ingatlah kepada kemalangan, maka kita mungkin tidak memecut atau berhati-hati ketika memecut atau memotong kenderaan lain.  

Bukan itu sahaja, kita juga kena tahu kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan maut. Biasanya papan tanda yang menunjukkan sesuatu kawasan kemalangan maut boleh dilihat disepanjang jalan, tetapi kadang-kadang kita tidak mengendahkan papan tanda berkenaan. Kita ingat papan tanda itu suka-suka sahaja ditaruk di situ.

Bagi perantau yang ingin pulang ke Terengganu beberapa kawasan akan dipantau rapi oleh pihak JPJ kerana kawasan ini dikenalpasti sebagai kawasan maut.  Sebagaimana dilaporkan oleh Bernama (Utusan aku tak jumpa) , Jalan yang terlibat ialah di kilometer 126 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Km 75 Jalan Jerangau-Jabor dan Km 45 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi (Kampung Tok Dor).

Selain itu Km 68.9 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Km 3 Jalan Kuala Berang-Tanggol (Kampung Langgar), Km 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Kampung Sungai Ikan) dan Km 26.5 Kampung Wakaf Tapai Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Bernama juga melaporkan, Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata tujuh jalan maut itu akan dipantau sepanjang Operasi Penguatkuasaan Sempena Aidilfitri 2012 bermula 12 hingga 26 Ogos ini.

Jadui, bila JPJ dah sound awal-awal, kena berhati-hatilah. Road Tax hidup tak lagi, lesen memandu hidup ke lagi. Kalau dah nak mati, elok pergi sambung cepat-cepat. Macam akulah. 18hb. ni road tax kereta aku mati. Mana nak cekau duit RM1K lebih. Apa-apa pun sabor je lah.

No comments: