SAHABAT BLOG

13 August 2012

Benarkah Haram Menyokong DAP? Nilai Sendiri...

Sekarang ini isu hangat ialah haram bagi umat Islam memberikan undi kepada parti DAP dan parti yang bersubahat dengan DAP. Ulama yang mengharamkannya bukanlah seorang mufti tetapi aku percaya dalam diam DAP dan PAS kepanasan jugalah dengan isu ini kerana Ulama berkenaan bukannya calang-calang juga iaitu seorang pengasas sebuah pusat pengajian pondok terkenal di Kelantan iaitu Ustaz Abdullah Samaah iaitu pengasas Pondok genting. Walaupun aku percaya fatwa ini tidaklah begitu besar impaknya kepada umat Islam yang menjadi penyokong tegar Pakatan Rakyat, tetapi aku percaya akan ada sorang dua di antara mereka yang akan mengkaji kembali sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat, khasnya DAP.

Apabila menyentuh soal dosa pahala, di dalam Pakatan Rakyat hanya PAS sahaja yang dilihat layak untuk membicarakannya. PKR pula sebuah parti yang penuh dengan skandal seks dan tidak layak untuk membicarakan soal dosa pahala. DAP sendiri sebuah parti yang dipimpin oleh mereka yang berdosa sejak azali lagi kerana pemimpin utama mereka seorang kapir yang menolak Keesaan Allah S.W.T. dan menolak Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.  Maka oleh sebab itu, kita lihat PAS akan bermatian-matian mempertahankan  sahabat karib mereka DAP kerana DAP sendiri tidak boleh membicarakan soal dosa pahala ini. PAS akan menggunakan apa sahaja untuk mempertahankan DAP termasuk ada yang sanggup melakukan penipuan dan juga fitnah. Maka tidak hairanlah jika ada  ada pemimpin PAS yang mengatakan Pondok Genting itu sebenarnya tidak wujud, Ulama Pondok Genting iaitu Ustaz Abdullah Samaah itu seorang penipu, dibayar oleh UMNO dan sebagainya.  Boleh baca di sini dinturtle.

Ulama Pondok Genting hanyalah  memberikan garis panduan Menyokong DAP adalah Haram dan berdosa, oleh itu sesiapa yang menyokong DAP dikira sebagai bersubahat dengan mengambil prinsip  bahawa DAP adalah sebuah parti akan menyamaratakan Islam dengan agama lain. Sebuah parti yang dilihat bakal melemahkan kedudukan Islam di Malaysia ini. Jadi aku fikir, ulama Pondok Genting ini ada asas untuk menfatwa sedemikian. Kaedah ini juga diguna pakai oleh Nik Aziz apabila mengatakan mengundi PAS akan mendapat Pahala kerana PAS memperjuangkan Islam manakala mengundi UMNO berdosa kerana UMNO menolak Islam ambil kebangsaan. Jika Nik Aziz boleh berfatwa sedemikian, kenapa tokoh agama lain tidak boleh mengeluarkan fatwa mereka sendiri berdasarkan prinsip yang sama.

Aku bukan tidak bersetuju dengan prinsip perjuangan PAS tetapi aku beranggapan ianya sesuatu yang sukar dan hampir mustahil untuk dilakukan jika mereka bekerjasama dengan DAP. DAP sebagaimana diketahui umum bahawa mereka menolak 100% perlaksanaan hukum hudud dan perlaksanaan negara Islam sepenuhnya. Jadi bagaimana mampu mereka hendak merealisasikan objektif penubuhan mereka.

Berbalik kepada fatwa Undi DAP berdosa, adalah jelas Islam melarang kita memberikan sokongan kepada Kapir yang menentang Islam iaitu kapir harbi.  Kapir harbi ni bukan sahaja mereka menolak Islam tetapi mereka memusuhi dan menentang Islam. Samada DAP ni kapir harbi atau tidak aku tak berani nak membuat keputusan. Apa yang aku boleh bagi tahu bahawa DAP ini sebuah parti yang anti Melayu. Sebagaimana kita sedia maklum, Islam di Malaysia ini ditegakkan ataupun disyiarkan oleh orang Melayu melalui kuasa politik orang Melayu.

Apabila DAP berkuasa, adalah dijangkakan berdasarkan objektif penubuhannya,  mereka akan sedaya upaya akan melemahkan kuasa politik orang Melayu, kerana mereka beranggapan orang melayu telah begitu lama menindas kaum lain melalui pelbagai keistimewaan yang diberikan kepada Melayu. Apabila kuasa politik melayu lemah, maka secara tidak langsung Islam di Malaysia ini akan lemah. Semua agama akan berada di bawah kekuasaan DAP termasuk agama Islam. Semua agama akan dilayan samarata. Kuat dan berpengaruhnya agama itu bergantung kepada kekuatan ekonomi dan kuasa politik penganutnya. Apabila DAP berkuasa, mereka akan menyamaratakan setiap agama di Malaysia ini. Pada masa yang sama, kekuatan ekonomi penganut agama lain jauh mengatasi kekuatan ekonomi penganut Islam iaitu orang Melayu. Apa akan jadi kepada Islam pada masa itu. PAS sebagai rakan kepada DAP dilihat tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Apa-apa pun alhamdulillah aku tidak terlibat dalam soal ini secara langsung kerana wakil rakyat di kawasan aku semuanya Islam iaitu calon PAS ataupun UMNO ataupun PKR. Namun demikian, aku menolak PAS kerana mereka bekerjasama dengan sebuah parti yang mempunyai niat untuk melemahkan melayu yang menjadi pendokong utama Agama Islam di negara aku ini. Aku juga menolak PKR kerana pemimpin utama mereka terlibat dengan skandal seks yang belum selesai. Selagi PAS bekerjasama dengan DAP  selagi itulah  aku akan tetap menolak PAS.

No comments: