SAHABAT BLOG

26 July 2012

PEMBANGKANG TIDAK BERSYUKUR BONUS RM500, MEREKA MAHU LEBIH LAGI.

Kakitangan Awam sekarang ini berada di dalam mood gembira. Apa tak gembiranya, pada 09 Ogos nanti mereka akan dapat 1/2 bulan gajii kerana Kerajaan BN telah bersetuju untuk memberikan bonus 1/2 bulan gaji atau paling minimum RM500.00. Walaupun jumlah ini tidaklah besar nilainya  jika hendak dibandingkan dengan harga barang sekarang ini yang mencanak naik,  tetapi daripada langsung tak ada, lebih baik ada walaupun sedikit. Sekurang-kurang dapat meringankan sedikit beban kakitangan awam yang berjumlah lebih 1.4 juta orang. Sebenarnya nampak sahaja RM500.00 atau 1/2 bulan gaji, tetapi jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan ialah RM2.2 billion lebih.

RM2.2 billion bukan sedikit adik kakak sekelian.  Duit tu bukan duit dari kantong UMNO atau dari kantong Barisan Nasional. Ianya datangnya dari perbendaharaan kerajaan. Sumber Perbendaharaan ni  pula datangnya dari pelbagai sumber termasuk cukai-cukai individu, cukai swasta dan sebagainya. 

Jadi, aku percaya bukanlah mudah bagi PM untuk mengumumkan bonus ini kerana beliau sedar bahawa kakitangan awam hanyalah sedikit sahaja jumlahnya berbanding jumlah mereka yang mentyumbang kepada perbendaharaan negara. Jadi jumlah RM500 atau 1/2 bulan gaji itu aku fikir sudah memadai dan adil kepada semua pihak. 

Oleh itu, kepada kakitangan kerajaan, mereka hendaklah mengucapkan syukur kepada Illahi dan berterima kasih banyak-banyak kepada kerajaan BN di bawah pimpinan DS Najib. Sekurang-kurangnya duit yang diberikan itu boleh meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persediaan raya. Soal nak undi atau tidak BN di dalam PRU 13 nanti, itu soal lain. 

Sokongan dan undi tidak ada kaitan dengan segala pemberian kerajaan seperti pemberian bonus atau sebagainya. Hak kebebasan untuk mengundi seseorang itu dijamin oleh perlembagaan. Cuma sebagai pengundi, mereka hendaklah menggunakan hak mereka itu dengan sebaik-baiknya kerana hak tersebut datang 4-5 tahun sekali. Jika silap membuat pilihan, maka 4-5 merana menanggung akibat.

Dalam keseronokan kakitangan kerajaan menerima berita gembira ini, ada juga orang awam dari kalangan parti pembangkang yang merasakan bahawa jumlah yang diberikan oleh kerajaan itu terlalu sedikit. Pihak ini siap mengutuk dan mencerca lagi Presiden CEUPACS, kononnya Presiden CEUPACS ni otak dah tepu. Mereka tidak sedar bahawa pemberian bonus kakitangan awam bukan seperti pemberian bonus sebuah majikan swasta. 

Tindakan Presidenn CEUPACS yangberpuas hati dan melahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan pun dikutuk, kononnya jumlah RM500 atau 1/2 bulan gaji itu bukanlah satu usaha yang bersungguh-sungguh oleh CEUPACS.  Kononnya Presiden CEUPACS hanya seorang pembantu makmal yang sudah tepu pemikirannya.

Mereka tidak sedar bahawa Presiden  inilah yang telah berjuang bersungguh-sungguh untuk kebaikan kakitangan awam. Kejayaan terbaru ialah kejayaan untuk mengagalkan skim SBPA  yang banyak merugikan kakitangan awam Memang  perangai pembangkang yang tidak pernah bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.  Jika yang sedikit mereka tidak bersyukur, yang besar pun mereka tidak bersyukur. Benarlah sebagaimana Nabi S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud manusia ini jika diberi segunung emas nescaya mereka akan meminta segunung lagi. Sebagai oarng beriman, janganlah nak tunggu banyak baru nak bersyukur dan berterima kasih.

Bacalah apa yang ditulis oleh mereka di artikel ini kalau nak lihat apa yang diulas oleh pembangkang dalam isu bonus ini. Sumber    http://suarapakatanrakyat.com/2012/07/negeri-pakatan-rakyat-wajar-umum-3-bulan-bonus/

No comments: