SAHABAT BLOG

03 July 2012

Hishamuddin di Tempelak Lim Guang Eng dan Bersikap Pemalas

Hisham harus tarik balik kenyataan kurang sensitif
  • Lim Guan Eng
  • 3:11PM Jul 2 2012
 
ULASAN Pencerobohan kediaman bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di Kuala Lumpur mengesahkan kebimbangan tentang situasi keselamatan awam yang makin merosot di Malaysia dan bercanggah dengan jaminan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn bahawa satu atau dua insiden jenayah ganas tidak membuktikan peningkatan jenayah di Malaysia.
Kediaman Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik telah dilaporkan diceroboh oleh pencuri yang telah melarikan wang tunai serta sepucuk pistol.

Kehilangan pistol kepada penjenayah membawa implikasi yang sangat
besar terhadap keselamatan awam. Sekiranya orang kenamaan pun tidak selamat, bagaimanakah rakyat boleh selamat?

Sikap Datuk Seri Hishamuddin yang tidak mengambil endah dengan laporan-laporan jenayah dalam media jelas tidak bertanggungjawab dan menunjukkan bahawa beliau tidak sensitif bukan sahaja kepada penderitaan mangsa tetapi juga kepada kebimbangan awam.

Sikap Hishamuddin yang bergantung semata-mata kepada perangkaan adalah sikap yang malas dan salah kerana beliau harus memahami bahawa fakta dan angka tidak mempunyai dimensi insaniah tentang kerugian dan kecederaan yang terpaksa dialami mangsa.

Dalam erti kata lain, walaupun fakta dan angka mungkin menunjukkan bahawa indeks jenayah telah menurun, yang lagi pentingnya adalah sama ada rakyat berasa selamat. Kata-kata Hishamuddin yang menguar-uarkan penurunan indeks jenayah tidak akan membuatkan wanita berasa selamat di Lembah Kelang semasa memasuki tempat letak kereta.

Hishamuddin harus menarik balik kenyataannya yang kurang sensitif dan memberi perhatian terhadap situasi jenayah yang makin teruk sebelum ia menjadi krisis yang besar. Jangan lupa bahawa ahli jawatankuasa pemandu Bersih Dr Wong Chin Huat telah diserang dan dicederakan semasa berjoging, sementara seorang cikgu Teoh Soo Kim, 51, telah cedera parah dan sedang berjuang untuk hidup selepas diculik.
Seorang kanak-kanak 12 tahun di Ipoh dan seorang yang berumur 20-an di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pula hampir diculik dalam bulan yang lepas. Kejadian-kejadian ini adalah ekoran daripada penculikan berprofil tinggi seorang kanak-kanak 12 tahun berbangsa Belanda Nayati Moodliar, yang telah mendapat liputan media antarabangsa.

Pihak polis seharusnya memberi tumpuan kepada tanggungjawab dasar mereka iaitu menangani jenayah dan bukannya mengikut perintah politik untuk menangani para penunjuk perasaan yang membantah secara aman atau pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan melabur dana dalam keselamatan awam melalui teknologi seperti CCTV, menyokong pemantauan masyarakat melalui pasukan peronda sukarela serta menempatkan pegawai polis di kawasan-kawasan “hotspot” jenayah.

LIM GUAN ENG adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP.

COKAM: Mungkihkah terlalu banyak sangat gangguan dari pihak Pakatan Rakyat menyebabkan  menteri-menteri UMNO kelihatan kurang peka dan sensitif untuk memahami masalah-masalah  rakyat. Setakat ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang dilihat kerap mendekati dan cuba memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat. Beliau bukan sahaja memahami tetapi cuba untuk mengatasinya. Namun demikian, larat ke DS Najib memahami semua masalah rakyat sorang diri? Mana perginya pemimpin-pemimpin yang lain?

Pemimpin dan menteri yang  lain masih lagi mengamalkan sikap tunggu dijemput baru datang. Kalau rakyat tak jemput, maka mereka tak datang mendekati rakyat. Kalau dibuat kajian perbandingan antara TV3 dengan Pemimpin Politik dalam soal memahami masalah rakyat dan usaha untuk menolong rakyat, TV3 jauh kehadapan mengatasi menteri dan pemimpin politik. TV3 mendekati masalah rakyat, memahami dan cuba untuk membantu mereka. Pemimpin UMNO patut belajar daripada TV3, barulah rakyat respek dan hormat.

Dalam kenyataan Guang Eng di atas, nampak sangat sikap rasis beliau dimana kita boleh lihat dalam banyak-banyak kejadian jenayah yang berlaku, kenapa contoh-contoh yang diberikan adalah terdiri dari banga yang sama seperti beliau. Maknanya di dalam kepala beliau, hal ehwal masyarakat Cina sentiasa dekat di hati beliau.

No comments: