SAHABAT BLOG

01 July 2012

Dengarlah Rayuanku....

Sokongan terhadap Pakatan Rakyat sekarang ini masih belum mampu untuk membawa mereka ke Putrajaya sehingga pemimpin mereka terpaksa merayu-rayu kepada para pengundi untuk memberi peluang kepada mereka menjadi pemerintah. Kalau rakyat tak suka, rakyat boleh kembli kepada Barisan Nasional pada PRU 14 nanti antara seruan dan rayuan yang dibuat oleh pemimpin PR.

Seruan dan rayuan begini bukan sekali dua dan bukan hanya untuk PRU 13 sahaja, tetapi ianya diucapkan atau pun diulang cakap pada setiap kali PRU yang mereka kalah. Maknanya di sini, PR masih kekurangan sokongan daripada para pengundi. Jika mereka yakin bahawa sokongan rakyat semakin hebat dan semakin positif, seruan dan rayuan sebegini mungkin tidak lagi diulang siar oleh mereka. Jika mereka yakin sokongan rakyat terhadap mereka sudah melebihi dari jumnlah yang diperlukan mereka akan membuat janji-janji yang lebih munasabah dan mampu untuk ditunaikan. 
Jika dilihat kepada janji-janji yang dibuat oleh mereka sekarang ini, banyak janji-janji yang dibuat itu lebih kepada janji yang mustahil dan tidak munasabah untuk dilaksanakan. Janji yang boleh mendatangkan masalah kepada ekonomi negara dan rakyat khususnya. Seperti janji untuk memberikan pendidikan percuma  kepada rakyat, janji untuk menurunkan harga minyak, janji untuk menghapuskan tol dan sebagainya. Janji-janji ini semua adalah janji-janji yang boleh membebankan dan menyusahkan diri mereka sendiri. Janji ini dibuat kepada rakyat disebabkan mereka tahu dan sedar bahawa sokongan rakyat masih lagi kurang. Dakwaan para pemimpin mereka bahawa rakyat sudah semakin memberikan sokongan kepada mereka dan jumlahnya sudah mampu untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya adalah omongan kosong sahaja ataupun kenyataan cakap besar sahaja. Hakikatnya mereka tidak mempunyai data-data yang tepat tetapi pakai congak mudah sahaja. 

Perkara ini berbeza dengan BN. Pemimpin BN sedar bahawa rakyat masih menyokong mereka. Sokongan rakyat terhadap BN masih mampu untuk memberikan kemenangan kepada BN. Oleh sebab itu kita lihat  BN hanya membuat janji-janji yang boleh ditetapi, janji-janji yang mampu untuk ditunaikan, janji-janji yang tidak membebankan negara, janji-janji yang tidak menyusahkan rakyat. Aku percaya kalau BN menyedari bahawa sokongan terhadap mereka semakin merosot, semakin membimbangkan, BN juga akan membuat janji-janji yang tidak munasabah seperti yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Baca juga artikel yang ditulis oleh sahabat Dinturtle untuk ulasan yang lebih panas dan lebih berapi.

No comments: