SAHABAT BLOG

05 July 2012

Khalid Ibrahim bakal meninggalkan PKR? Biar betul...

COKAM: MB Selangor dan Setiausaha Politik beliau berisiko dipecat daripada Pakatan Rakyat ekoran daripada isu surat sokongan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik beliau kepada anak saudaranya. 

Ada berita melaporkan Khalid Ibrahim telah diberikan surat tunjuk sebab oleh parti beliau berhubung isu di atas. Walaupun dinafikan oleh pihak PKR. Kebiasaanya kalau disebut surat tunjuk sebab, maknanya serius betul kesalahan seseorang itu.  Kena tunjuk sebab ni bukan  sesuatu yang menyeronokkan dan boleh memberi gambaran imej yang kurang baik kepada orang yang diminta tunjuk sebab itu. Surat tunjuk sebab bermaksud seseorang itu bakal dikenakan tindakan jika sebab yang dikemukakan tidak memuaskan hati. Mereka kenalah memberikan sebab kenapa  tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka. Dalam kes Khalid ni apa dia tindakan yang bakal diambil aku tidak tahulah. Mungkin tindakan disiplin parti seperti pergantungan ataupun mungkin lebih dasyat lagi  tindakan pemecatan

Nampaknya pergolakan di dalam PKR semakin parah sekarang ini. PKR cuba bersikap seperti DAP dan PAS. Mereka tidak ukur baju dibadan sendiri rupanya. DAP dan PAS adalah sebuah parti yang telah lama bertapak di dalam arus politik tanahair. Ahli dan pemimpin mereka memang telah 'sain mati' tidak akan tinggalkan parti walau apa berlaku sekali pun. PKR ni pula parti yang baru setahun jagung. Kebanyakkan para pemimpin dan ahlinya pernah menjadi ahli UMNO. Mereka belum 'sain mati' lagi. Pasal itu ramai pemimpin PKR yang meninggalkan parti mereka.

DAP dan PAS sebenarnya risau juga dengan keadaan yang berlaku di dalam PKR ni. Mereka sedar bahawa kekuatan gabungan Pakatan Rakyat terletak kepada keutuhan parti PKR juga. Sekiranya PKR terus bergolak, tempiasnya sudah tentu akan terpercik kepada Pakatan Rakyat juga.

DAP dan PAS sedar bahawa PKR tidak ada penyokong. Namun demikian mereka jangkakan sokongan para ahli PAS dan DAP mampu menampung kekurangan sokongan ahli PKR. PAS dan DAP berusaha sedaya upaya untuk memberikan nafas kepada PKR kerana mereka mengharapkan agar Anwar Ibrahim terus bernafas. Sebagaimana  diketahui umum bahawa kekuatan gabungan Pakatan Rakyat hanyalah terletak kepada kekuatan Anwar Ibrahim. Jika Anwar Ibrahim tiada lagi dalam arena politik tanajair, maka hancurlah gabungan Pakatan Rakyat. 

Pasal itulah bila Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk bersara dari politik selepas PRU 13 dan kembali menjadi pensyarah, maka ramailah dikalangan pemimpin PAS dan DAP risau. Ada yang sudah mula memujuk Anwar Ibrahim supaya membatalkan hasrat beliau tersebut.

Aku tak mahu ulas dengan panjang lebar lagi, cuma tunggu dan lihat sahaja apa tindakan Khalid Ibrahim selepas ini. Adakah beliau masih mahu bersama-sama dengan PKR setelah imej beliau dicabar oleh pengurusan PKR.




No comments: