SAHABAT BLOG

12 May 2012

SELAMAT HARI JADI UMNO (Bila lagi lagi Dato, Najib, tak sabor dah ni)...


SELAMAT ULANG TAHUN UMNO.

Walaupun aku bulan ahli UMNO tetapi ramai ahli keluarga aku yang menjadi ahli UMNO. Gelombang merah membadai Stadium Bukit Jalil. Kalau Di Thailand, gelombang merah adalah Penyokong Takshin manakala gelombang kuning pula menyokong kerajaan/raja. Itu kisah di Thailand, tetapi ianya tiada kaitan dengan apa yang berlaku di Malaysia ni, dimana gelombang merah penyokong kerajaan/raja manakala gelombang kuning pula penyokong raja juga tetapi raja L*w*t dan Raja Pem***ong.

Suka atau tak suka, mahu atau tak mahu, setuju atau tak setuju, semua orang yang menjadi rakyat malaysia dan juga rakyat mana-mana negara yang pernah berada di Malaysia ni untuk mencari rezeki kena terima hakikat bahawa UMNO ni sebuah parti yang paling berkuasa, paling dinamik, paling utuh, paling prolimpik. Mungkin selepas ni, Malaysia Book Of Record kena masukkan nama UMNO ke dalam senarai pencipta record di Malaysia ni sebagai parti yang paling lama memerintah negara ataupun sebagai parti yang palintg ramai ahli.

Macam aku kata, semua orang sama suka atau tak suka, setuju atau tak setuju, mahu atau tak mahu kena terima kenyataan bahawa sepanjang menjadi pemerintah, UMNO telah berjaya menjadi pemerintah yang berjaya. Berjaya membawa kemakmuran kepada rakyat Malaysia. Berjaya mengeluarkan rakyat dari dibelengu kemiskinan. Berjaya memberikan beribu-ribu peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan mahupun rakyat luar negara.Begitu banyak jasa UMNO yang semua orang kena terima hakikat. Berapa banyak pemerintah didunia ini yang gagal menjalankan amanah mereka. Berapa banyak negara didunia ini yang masih mundur kerana kegagalan parti yang menjadi pemerintah. Alhamdulillah ini semua tidak berlaku terhadap UMNO. Pemimpinnya cukup bertanggungjawab dan cukup beramanah untuk mentadbir negara ke era yang lebih gemilang.

Namun demikian, sebagai sebuah parti yang dipimpin oleh manusia yang tidak maksum, sudah tentu banyak kesilapan dan kesalaghan yang dilakukan oleh UMNO sepanjang tempoh pemerintahan mereka. Kesilapan dan kesalahan ini berlaku disebabkan kesilapan UMNO untuk memilih pemimpin yang bertanggungjawab, jujur dan amanah. Akun tidak mahu senaraikan kesilapan dan kesalahan tersebut kerana semuanya bolehn didapati daripada sumber-sumber pembangkang. 

Kesilapan dan kesalahan inilah yang cuba dibangkitkan oleh pihak pembangkang kerana mereka beranggapan bahawa sebagai pemerintah tidak sepatutnya melakukan kesilapan dalam pemerintahan. Inilah yang berlaku kepada pemerintahan pembangkang di Kelantan, Selangor,Penang dan Kedah dimana mereka beranggapan  tiada walau sebesar hama pun kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Kalau tak percaya, cuba tanya kepada pemimpin mereka, pasti mereka tidak mahu mengaku. 

Tahniah UMNO, dalam usia Warga Emas masih lagi tegap, segak dan bergaya. Walaupun cuba untuk ditumbangkan melalui pelbagai cara samada secara halus dan penuh tipu muslihat seperti peristiwa 16 September, ataupun secara terang-terangan seperti siri-siri BEARSIHT 1.0, 2.0 dan 3.0, UMNO masih mampu menahan dan teguh berdiri tanpa sebatang tongkat.

Insyaallah PRU 13 nanti, UMNO akan menang bergaya dan menang besar. Kalau PRU 12 yang lalu, mereka tumbang di beberapa buah negeri bukan disebab pembangkang kuat ataupun UMNO lemah, tetapi disebabkan penyokong UMNO yang berpaling tadah. PRU 13 nanti insyaallah, para penyokong UMNO yang berpaling tadah itu, telah menyedari kesilapan mereka dan akan kembali menyokong UMNO. Tidak dinafikan kebangkitan pengundi muda yang dilihat condong kepada pembangkang, tetapi sokongan mereka itu bakal diimbangi oleh ahli pembangkang yang aku fikir akan berpaling tadah dan akan menyokong UMNO. Tidak ada apa yang boleh menumbangkan UMNO selain UMNO sendiri yang menumbangkannya.

3 comments:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

I like ur last few words!!

wak labu said...

Jangan terlalu konfiden, UMNO belum terlepas dari bahaya. Parti2 komponen nya seperti MCA, MIC dan Gerakan masih bercelaru.

Sokongan kaum cina dan india masih lagi samar2.

Walaupun rakyat sudah di sogok ribuan juta RM, tapi undi mereka belum tentu lagi.