COKAM: Sehingga kini, kalau dilihat kepada gambar yang diambil dari blog biaqpila.blogspot.com, peserta taklah ramai mana pun. Dah jadi macam satu pesta pulak. Mungkin juga jika PR berjaya memerintah selepas PRU13 nanti walaupun menurut Nujum Pak Belalang jauh panggang dari api ataupun satu misi mustahil, BERSIH ini elok juga dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan. Bukan senang hendak melihat kemeriahan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan warna kulit berkumpul di bandaraya Kuala Lumpur. Elok juga pada tahun depan, pesta BERSIH ni diadakan di Kota Baharu pulak supaya rakyat Kelantan dan para peniaga di Kota Bharu boleh merasai limpahan rezeki peserta BERSIH ni.
Jadi kepada pengajur BERSIH, cuba fikir-fikirkan untuk menukar likasi himpunan BERSIH ni setiap tahun. Sebagai penyokong kerajaan, berpendapat bahawa kekerapan pihak pembangkang menganjur pesta seperti ini akan mengurangkan impaknya kepada rakyat. Rakyat hanya akan menilai bahawa ianya seumpama suatu pesta, seumpama suatu keramaian dan bukannya sesuatu yang dilihat sebagai simbol bantahan kepada kerajaan.
Kerajaan terutama kementerian pelancongan boleh bekerjasama dengan penganjur BERSIH untuk memikirkan lokasi-lokasi yang sesuai supaya ianya boleh dimanafaat bersama. Kerajaan negeri pula bolehlah menawarkan bandar masing-masing kepada penganjur BERSIH untuk datang dan menganjurkan himpunan seperti ini. Pihak keselamatan seperti polis pun tak payahlah susah payah pun kerana anggaplah ini sebagai satu pesta keramaian. Bagi peserta yang suka mengutuk kerajaan dalam pesta sebegini, biarkan dia mengutuk, cuma ambil video. Bila dah habis pesta, tahan dan dakwalah peserta tersebut di bawah apa-apa akta yang boleh. Jangan buat kecoh kecuali mereka menggunakan kekerasan seperti merompak, mencuri atau sebagainya.
No comments:
Post a Comment