SAHABAT BLOG

27 April 2012

Duduk dan Bantah di Dataran Merdeka di Batalkan - Ambiga

Berita terkini, ekoran perintah mahkamah yang diterima oleh Ambiga maka beliau telah membuat keputusan untuk membatalkan acara duduk dan bantah di Dataran Merdeka pada 28 April 2012.

Oleh itu diseru kepada para penyokong BERSIH 3.0 yang belum datang, kalau masih belum beli tiket bas, belum beli tiket keretapi, atau masih belum sewa bas, elok batalkan hasrat tesebut. Harapan tuan-puan untuk duduk dan bantah di Dataran Merdeka pada 28.04.2012 hanya akan menjadi cerita yang boleh diceritakan kepada anak cucu akan datang.

Kalau masih degil nak datang, dengarlah nasihat perubatan, "kepada yang mempunyai penyakit merbahaya seperti Jantung, Semput, Sakit Lutut, Sakit Tua, Gout, anda dinasihatkan tidak hadir".Nyawa anda tiada insuran. Kalau mati pun menyusahkan banyak pihak. Kena ada siasatan koroner, siasatan diraja dan sebagainya. Hidup pun menyusahkan orang, mati pun menyusahkan orang. Mahu ke macam tu.

Kalu korang datang pun, korang takkan menangnya PRU 13 nanti, kalau korang tak datang pun korang takkan menangnya PRU 13 nanti. Dalam kata mudah Korang memang tak boleh menang PRU 13 nanti. Rakyat dah sedar, rakyat dah insaf, rakyat dan bertaubat dengan kesilapan tahun 2008. Hindarilah perbuatan sia-sia. 

Tak percaya ke Ambiga dah batalkan Duduk dan Bantah di Dataran Merdeka, baca berita kat bawah ni. 

BERSIH: Kita akan cuba sedekat mungkin ke Dataran

Hazlan Zakaria

4:43PM Apr 27, 2012

Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah esok, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.



No comments: