SAHABAT BLOG

27 April 2012

Kenapa Bukan Satdium

Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebuah stadium yang besar yang berkapasiti antara 45,000 hingga 80,000 orang pada satu-satu masa. Jika sekiranya jumlah yang hadir sekitar 10,000 - 20,000 sahaja, maka akan jelas kelihatan ruang-ruang kosong. Kalau diterjemahkan kiraan ini ke dalam psikologi, boleh dimaksudkan sambutan tidak bagus. Penganjur akan mendapat kemaluan yang besar.

Dataran Merdeka adalah satu tempat yang tidak ada pengukuran matematik. Sebuah padang Dataran Merdeka mungkin boleh memuatkan seramai 10,000 orang, mungkin 20,000 orang. Kalau yang datang 10,000 orang pun  kelihatan penuh dan boleh dibanggakan. Kemaluan penganjur tidaklah besar mana jika sambutan tidak memuaskan.

Inilah salah satu sebab kenapa BERSIH 3.0 tidak mahu mengadakan perhimpunan mereka di Stadium kerana mereka tiddak mahu kemaluan mereka semakin besar  disebabkan kiraan matematik yang mereka jangkakan keputusannya tidak memihak kepada mereka.

Malu besar beb kalau yang hadir ke dalam Stadium hanya suku Stadium je. Iklan dan promosi serata dunia hingga ke dalam Masjid Nabawi, tetapi jika yang hadir hanya suku Stadium sahaja, mana nak letak muka. Walaupun muka para pemimpin BERSIH ni memang tebal-tebal belaka, tetapi 'kemaluan' masing-masing boleh jadi besar juga jika Stadium tak penuh.

Namun demikian, kalau duduk dan bantah di Dataran Merdeka, walaupun sedikit, ianya nampak macam ramai kerana tempatnya kecil dan sesiapa sahaja boleh duduk sambil berborak-borak. Mat Bangla dan Mat Indon pun boleh tumpang sekaki.

No comments: