SAHABAT BLOG

01 March 2012

Nak Bersedekah Kepada Tetamu Allah pun dipersoalkan

Semua perkara nak dijadikan isu oleh warganegara bermasalah sorang ni sehinggakan FELDA nak bersedekah kepada Tetamu Allah pun dipersoalkannya.
 
FELDA nak bersedekah bukannya nak buat untung. Penerima sedekah bukan sebarang orang , Tetamu Allah. FELDA tak dapat apa pun kecuali berkat doa para jemaah haji untuk kebaikan FELDA.
 
 FELDA ingin membuat kebajikan dan menyediakan peruntukkan untuk bersedekah Vitamin kepada Jemaah Haji. Felda bukannya pembekal Vitamin, maka sewajarnya FELDA mencari pengeluar vitamin yang bagus, terbaik dan yang paling penting dijamin halal. Sebagaimana adat orang bersedekah, takkan nak berikan yang lebih kurang je, sudah tentulah ingin memberikan yang terbaik.
 
Kalau buka tender, belum tentu FELDA akan mendapat yang terbaik dan kehalalan yang terjamin. Mungkin ada syarikat Cina mana yang akan masuk tender. Menjadi satu kerja pulak kepada FELDA nak suruh JAKIM pi siasat status kehalalan syarikat. Kalau tidak pun, ada yang bekallakn Vitamin yang dah nak tamat tempoh.
 
FELDA pun reti bahasa jugak. Mereka nak bersedekah kepada Tetamu Allah, nak buat kerja baik, takkanlah mereka nak bersubahat dengan rasuah atau sebagainya. Tak munasabah betul. Kalau ada pegawai yang bersubahat dengan rasuah dan sebagainya untuk tolong Tetamu Allah, tak  lama, biasanya Allah akan tunjukkan jalan ke dalam untuk bertaubat kepada mereka.
 
Inilah masalah ANAK ni,  setiap masa cari masalah FELDA je kerjanya. Kalau tak ganggu kerja FELDA gelisah siang malam, tidur pun boleh terkencing di tilam. Biasalah ANAK-ANAK tidur kencing malam.
 
 
Felda bayar RM1.6 juta untuk bekal vitamin jemaah haji
Tindakan Yayasan Felda yang menganugerahkan projek RM1.59 juta kepada sebuah syarikat farmaseutikal bagi membekalkan multivitamin melalui rundingan terus pada Ogos lalu, tidak menyenangkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

NONE"Kontrak untuk CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd adalah untuk membekalkan multivitamin kepada 27900 jemaah haji yang berlepas pada bulan September (tahun lalu)," kata Mazlan Aliman (kiri), yang menerajui NGO berkaitan PAS itu.

Pemberian kontrak jutaan ringgit tanpa proses tender, kata Mazlan, bercanggahan dengan semangat tadbir urus yang baik.

Mazlan membayangkan kemungkinan bahawa kontrak itu disalurkan kepada "syarikat kroni", dan menuntut bahawa Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Isa Samad memberi penjelasan berhubung pemilihan syarikat berkenaan.

Menurut dokumen yang dibekalkan kepada wartawan hari ini, CCM Pharmaceuticals, sebuah syarikat berkaitan kerajaan, digambarkan sebagai pengeluar unggul barangan halal dalam industri farmaseutikal.

isa samad interview 150509Antaranya, syarikat itu mendapat kontrak membekalkan vitamin berjenama Proviton dan Flavettes bebas gula 500g pada harga RM57 setiap orang dan dengan jumlah bil sehingga RM1,590,300.

"Kami mahu Isa (kiri) jelaskan mengapa kontrak diberikan menerusi rundingan terus dan mengapa syarikat ini dipilih," kata Mazlan kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya syaki bahawa kos multivitamin yang dibekalkan sebenarnya kurang daripada yang sepatutnya."

2 comments:

shah ahmad nor said...

Mazlanj Aliman tu bodo piang. cuba p check harga proviton kat kedai tu harga brapa.smua tak betul...kalau bagi kat tauke Cina gerenti Mazlan Aliman tutup mulut. Standardlah org macam tu tak mau bangsa sendiri maju

putrarahman said...

Yang aku bengang, dia komplen pemberian hadiah hadiah kepada Jemaah Haji. ANAK beri hadiah apa kepada Tetamu Allah setiap tahun? Tak ada, no, nehi, yele,