SAHABAT BLOG

29 February 2012

PAS Semakin Menghampiri Sekular

Pas ni dah hilang akal ke apa? Dek kerana hendak memancing undi orang bukan Islam menyokong perjuangan mereka, sanggup mereka hendak menghadiah jawatan Timbalan Presiden PAS kepada orang bukan melayu dan bukan Islam atau dalam bahasa tersuratnya, sanggup mereka menawarkan Jawatan Ke 3 penting di dalam PAS itu kepada orang Cina. Orang Cina kan bukan melayu dan bukan Islam. Orang India aku tak nampak jalan.
 
Apa kata Mat Sabu dalam hal ini. Beliau telah bertungkus lumur berceramah sana sini, berkempen di sana sini, tetapi jawatan beliau itu layak juga diberikan kepada orang bukan Islam. Ini satu penghinaan keapda Mat Sabu dan Penyokong PAS seluruhnya kecuali penyokong yang tiada otak di kepala tetapi di kepala lutut. Kenapa tak bagi terus jawatan Presiden tu kepada Lim Kit Siang kata Tun Dr. Mahathir di .SINI .
 
Sejak aku lahir lagi PAS telah ada. Ramai sanak saudara aku termasuk arwah ayah aku difahamkan menyokong PAS. Kerana apa?, kerana mereka percaya PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Sebuah parti yang boleh menjamin pemerintahan  Islam Mutlak di Malaysia ni. Sebuah parti yang boleh menjamin mereka ke Syurga, sebuah parti yang tidak meminta pertolongan dan bekerjasama dengan orang Kapir.
 
Aleh-aleh sekarang ini, PAS dah semakin senget, dah semakin carca marba, dah semakin condong kepada sekular dan semakin teserlah kemunafikan mereka. Semuanya ini disebabkan apa jua  tawaran yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan juga gara-gara dendam peribadi Nik Aziz Nik Mat. Ajal maut di tangan Allah S.W.T., tetapi jika Nik Aziz meninggal dunia, aku percaya dan yakin PAS akan terus hanyut ataupun berpusing 360 darjah. Maksud aku, Nik Aziz mempunyai pengaruh yang cukup kuat kepada parti PAS.
 
Aku pernah berkata, tiada parti yang lebih bersih pentadbirannya selain PAS kerana ianya dipimpin oleh ahli-ahli agama yang hebat-hebat. Aku pernah berkira-kira hendak menyokong dan menjadi ahli PAS selepas PRU12 2008 yang lalu. Namun demikian, niat tersebut tertangguh disebabkan kegilaan PAS berkawan dengan parti yang paling aku benci iaitu DAP.  Tak payahlah aku huraikan kenapa aku benci sangat kepada DAP.
 
Aku masih berkeyakinan PAS akan kembali kepada perjuangan asalnya untuk menegakkan pemerintahan Islam mutlak sebagaimana di idamkan oleh seluruh umat Islam di Malaysia ini terutama di dalam pengamalan sistem perundangan dan juga dalam amalan industri hiburan yang semakin kacau bilau dengan syarat PAS hendalah menghentikan sebarang kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP atau dalam ertikata lain, PAS keluar dari Pakatan Rakyat, Itu sahaja syarat
 
Tak usah panjang cerita, di bawah ini aku petik rumusan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS berkenaan cadangan Dr. Dzul berkenaan Jawatan Timbalan Presiden PAS kepada bukan Islam.Ulasan beliau panjang, jadi aku ambil cadangan beliau sahaja sebagai bahan untuk artikel aku kali ini. Kalau nak baca lanjut boleh dibaca dari blog beliau di http://www.eperjuangan.com/.
 
1.       Aspek-aspek dalam jamaah yang ada kaitan dengan persoalan bithanah dan wala' (antaranya soal kepimpinan tertinggi, ahli permesyuaratan atau majlis Syura, keanggotaan jamaah, dalam menentukan halatuju jamaah dan sebagainya) tidak perlu dilibatkan orang bukan Islam. Ia hendaklah khusus kepada orang beriman sahaja sebagai mengambil contoh dan tauladan dari amalan Nabi tadi.

2.       Aspek-aspek yang membabitkan hak rakyat, keadilan, kesamarataan, membenteras penyelewengan, mencari alternative pemerintahan terbaik dan sebagainya; inilah ruang yang terbuka luas untuk kita mengadakan kerjasama dan pakatan dengan sesiapa sahaja yang memperjuangkan hak dan keadilan termasuk dengan orang bukan Islam selagi tidak melanggar batasan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah).

3.      Kesimpulannya; tidak usahlah kita membuka kepimpinan Jamaah kepada orang bukan Islam kerana ia bercanggah dengan ayat-ayat walak dan bithanah tadi, sebaliknya kita mengeratkan kerjasama dan pakatan dengan mereka dalam mewujudkan amalan politik dan pemerintahan yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia. 

PAS mesti dikekalkan sebagai Parti yang 100% berjiwa dan berwajah Islam (dalaman dan luarannya) dan pada masa yang sama ia membuka ruang ta’awun (kerjasama) dan tahaluf (pakatan) yang seluas-luasnya dengan siapa sahaja yang memperjuangkan keadilan selagi tidak melanggari Syariat.
 
Sekian, terima kasih.

No comments: