SAHABAT BLOG

29 January 2012

Presiden PAS Merajuk ke?


Tawaran Hadi undur diri tanda sesuatu tak kena dalam Pas

28/01/2012 8:50pm

KOTA BHARU 28 Jan. – Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam parti itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata, kenyataan terbuka presiden parti itu adalah sesuatu yang amat luar biasa sebagai petanda bahawa Pas kini berada dalam kancah pergolakan.

"Mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu menyebabkan Presiden sebuah parti sanggup menyatakan pendirian terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama pemasaran antara syarikat AFPM Lifestyle Sdn Bhd dengan Jalinan Prospek (M) Bhd di sini, hari ini.

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Abdul Hadi antaranya berkata, keputusan beliau itu dibuat memandangkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama sebagai wakil rakyat, iaitu lebih 30 tahun lepas. – BERNAMA

Catatan Orang Kampung: Aku tak pasti betul atau tidak berita ni, tetapi kalau betul Haji Hadi mahu mengundur diri dari di calonkan dalam PRU 13 nanti, aku berpendapat bahawa ada sesuatu yang tidak betul di dalam hubungan Pakatan Rakyat. 

Presiden PAS kelihatan masih lagi mempunyai pendirian yang jelas semasa kes Anwar Ibrahim, tetapi apabila tindakan MB Selangor mengenepikan PAS dalam jawatan EXCO Hal Ehwal Islam di Selangor, aku percaya ianya sesuatu yang mengecewakan beliau. 

Setahu aku, Haji Hadi mencadangkan kepada MB Selangor supaya Dr. Rani yang dilantik bagi mengantikan DR.Hassan sebagai EXCO Hal Ehwal Islam, tetapi cadangan dan pandangan beliau tidak diendahkan oleh PKR atau secara tepatnya oleh Anwar Ibrahim. DR. Rani adalah Persuruhjaya PAS Selangor yang dilantik oleh Haji Hadi sendiri sebagai presiden PAS. Oleh itu, jika orang kepercayaan beliau sendiri ditolak membawa maksud Haji Hadi sendir sebenarnya ditolak oleh PKR ataupun oleh Anwar Ibrahim. 

Dalam istilah yang lebih mudah, Haji Hadi sedang merajuk kerana merasakan bahawa beliau semakin tidak dipedulikan oleh Pakatan Rakyat semenjak Anwar Ibrahim bebas dan lepas dari tuduhan Liwat. 

Boleh baca cerita di SINI.

2 comments:

Anonymous said...

ni tajuk utusan yang dah dibodohkan/cetek akal....suka melagakan org...
ngok...

putrarahman said...

Apa ada pada tajuk, yang penting isinya.

Haji Hadi nak tarik diri, tetapi Nik Aziz pula nak treruskan selagi dicalonkan.

Antara kedua-duanya, Haji Hadi lebih Islamik dari Nik Aziz dan lebih lembut hatinya berbanding Nik Aziz.