SAHABAT BLOG

24 July 2011

Haimau Terluka

Aku ingatkan bola main pukul 8.45, maka aku pun tengok berita dulu. Berita pulak malam ni kebetulan ada part PM sindir Mat Sabu dan ANwar Ibrahim. PM kita sekarang makin terserlah kehebatan beliau untuk menari mengikut rentak tarian yang sama sebagaimana ditarikan oleh pembangkang. Berbalik kepada cerita pasal bolasepak. Nasib baik aku tak tengok separuh masa pertama kerana kalau aku tengok separuh masa pertama nescaya separuh masa ke dua aku tak tengok. Macamana pertahanan kita main pun aku tak tahulah, penyerang tua dan penyerang perut buncit pun mereka tak mampu nak sekat. 

Ringkas cerita, pasukan Harimau Malaya kalah disebabkan pertahanan kita tidak mantap. Penyerang kita cukup bagus kerana mereka berjaya menjaringkan goal. 3 goal dari bola hidup bukan senang untuk diperolehi. Singapura pun memperolehi 3 goal dari bola hidup. Maknanya permainan seimbang. Namun sayang kita masih longgar di bahagian pertahanan.  Bukan hari ni sahaja, tetapi dalam 4 perlawanan  kita telah dibolosi sebanyak 18 goal. 18 goal dalam 4 perlawanan bukan satu jumlah yang sedikit. Maknanya sesuatu perlu dilakukan secara drastik di bahagian pertahanan. Bahagian penyerang, aku tidak gusar sangat kerana dalam 4 perlawanan yang diambilkira, kita telah berjaya menjaringkan sebanyak 9 goal.  9 Goal dalam 4 perlawanan adalah sesuatu yang baik kepada bahagian serangan sesebuah pasukan. Malam ini sahaja kita telah berjaya menyumbat 3 goal di tempat lawan. Namun sayang, bahagian prtahanan kita masih longgar. Mereka masih cuai dan lalai untuk menjaga penyerang pasukan lawan. Lambat membaca pergerakan penyerang lawan menyebabkan penyerang sentiasa sahaja dapat meloloskan diri dari kepungan. 

Sebagaimana sifat dan kelakuan seekor harimau yang terluka, aku harapkan Harimau Malaya juga akan bersifat sedemikian. Aku harapkan Harimau Malaya dapat menyembuh luka mereka sebelum 28 Julai nanti. Insyaallah, jika tiada aral melintang, aku akan bertandang ke Stadium Bukit Jalil untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya. Sekali lagi, aku harakan Dato' Rajagopal dapat mencari penawar terbaik untuk mengatasi kelemahan di bahagian pertahanan kita. Jika itu dapat diatasi, aku cukup yakin, kita bakal melangkah jauh lagi dalam arena bolasepak antarabangsa.

No comments: