SAHABAT BLOG

23 July 2011

Singa baham Harimau atau Harimau Baham Singa

Aku nak cerita pasal bola. Tentu ramai peminat bolasepak tempatan berdebar-debar sekarang ini kerana menjelang malam nanti, pasukan kesayangan kita akan menentang pasukan jiran tetangga Singapura. Walaupun perlawanan masih belum bermula, aku percaya permainan akan seimbang dimana kedua-dua pasukan saling mempunyai peluang. Kegagalan penyerang dan kealpaan pemain pertahanan akan menghukum mana-mana pasukan. Kalau Malaysia berjaya menjaringkan goal, ianya boleh dijadikan bekalan kelebihan jaringan ditempat lawan macam lawan Taiwan baru-baru ini. 

Jika dikaji permainan pasukan Malaysia menentang Arsenal dan Liverpool, Malaysia mempunyai peluang untuk menang dengan syarat pemain pertahanan tidak lalai dan cuai. Pertahanan perlu dimantapkan lagi.  Subramaniam yang mengemudi pasukan Malaysia menentang Chelsea boleh diserap ke dalam pertahanan kebangsaan. Aku tengok cara beliau bertahan cukup mantap sehingga Tores pun tak dapat nak mencari ruang untuk menjaringkan goal. 

Pasukan Singapura sejak akhir-akhir ini cukup mantap. Formula mereka untuk memantapkan pasukan ialah dengan mewarganegarakan mana-mana rakyat asing yang mahu berkhidmat dengan pasukan kebangsaan Singapura. Kita akan dapati ramai permain-pemain asing di dalam pasukan Singapura. Dalam bahasa mudahnya, pemimpin disemua lapangan di Singapura sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat dan tujuan mereka. Matlamat menghalalkan cara untuk memiliki kuasa dalam bidang politik nampaknya telah menyerapi lapangan sukan.

Jika inilah kaedah atau caranya, aku secara peribadi sedikit pun tidak mempunyai rasa hormat kepada Singapura. Dengan lain perkataan, walaupun sekuat mana pasukan bolasepak yang Singapura miliki, ianya sesuatu yang tidak menghairankan kerana para pemain yang bermain bukan semuanya rakyat sejati Singapura. Oleh yang demikian, jika sekiranya Malaysia berjaya mengalahkan Singapura pada malam ini, ianya adalah sesuatu yang memalukan bagi pasukan bolasepak Singapura. Jika kalah juga, Singapura kena merancang untuk mengimport dan mewarganegarakan lebih ramai pemain hebat dunia untuk menjadi pemain pasukan kebangsaan mereka. 

Aku bukan marah atau dengki kepada pasukan Singapura, cuma aku kurang setuju dengan cara yang mereka lakukan untuk menaikkan bidang sukan mereka. Trend ini jika tidak dibendung ianya akan merebak kepada negara-negara lain. Jika ini berlaku, cita-cita anak tempatan untuk mewakili pasukan negara akan terbantut. Hasrat mereka bakal dimusnahkan oleh warganegara import ini. Aku harapkan semoga perkara ini tidak berlaku di dalam mana-mana bidang sukan di Malaysia.

Ramalan aku, Malaysia menang dengan agregat 2 - 1.  

No comments: