SAHABAT BLOG

24 July 2011

Fenomena menderkaha kepada Raja-Raja Melayu perlu ditangani segera


Kenapa aku menggunakan perkataan fenomena, kerana itulah perkataan yang boleh menerjah pemkiran kita semua dan mengaktifkan minda untuk berfikir dan seterusnya membaca artikel ini selanjutnya. 


Ramai yang dah agak dah, TBH mati kerana bunuh diri. Walaupun TBH seorang yang tidak mempunyai masalah mental, tetapi beliau berada di dalam keadaan tekanan yang maha dasyat akibat perbuatan sedndiri dan disoal siasat oleh pihak SPRM. Aku percaya beliau juga menerima tekanan daripada pihak atasan beliau sehingga menyebabkan mental beliau bercelaru. Bentuk tekanan yang diterima, aku fikir ada kaitan dengan perbuatan beliau sendiri. Mungkin juga boss beliau tidak mahu bekerjasama dengan TBH kerana melakukan penipuan tuntutan. Blog sahabat Apa Yang Tersirat ada kupasan menarik berkenaan kecelaruan mental TBH di sini.

Mental yang bercelaru disebabkan tekanan yang cukup hebat boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan. Bukan sedikit kita mendengar kes orang awam bunuh diri. Ada yang bunuh diri akibat kegagalan dalam percintaan dan ada yang bunuh diri akibat kegagalan di dalam perkahwinan, ada yang bunuh diri akibat kegagalan di dalam perniagaan, ada yang bunuh diri akibat kegagalan di dalam peperiksaan. Mereka yang membunuh diri ini jika diselidik secara mendalam bukanlah individu-individu yang sakit mental, tetapi mempunyai mental lemah. Mental yang lemah sangat mudah untuk terdedah kepada mental bercelaru. Apabila mental bercelaru, fikiran pun menjadi berserabut dan pada masa itulah bisikan-bisikan iblis dan syaitan pun mula mencadangkan jalan penyelesaian yang mudah. Antaranya adalah bunuh diri dan mengamuk. Bagi orang Melayu kebiasaannya mereka akan mengamuk manakala bangsa lain akan mengambil tindakan bunuh diri.

Pemimpin Parti DAP yang waras sejak dari dulu lagi aku percaya tahu bahawa TBH membunuh diri. Namun demikian, disebabkan untuk mencari keuntungan politik, mereka menuduh pihak SPRM yang  membunuh TBH. Amat tidak logik sekali tuduhan mereka ini . Mana mungkin pihak ataupun pegawai penyiasat SPRM hendak membunuh TBH kerana TBH merupakan calon saksi utama mereka. 

Apabila tidak puas hati dengan siasatan pihak polis, pihak DAP mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Sebenarnya Suruhanjaya Siasatan Diraja sebenanya tidak perlu diadakan kerana keputusan bunuh diri TBH boleh diselesaikan dengan bedah siasat pihak polis dan bedah siasat. Namun demikian, sebagai sebuah kerajaan yang perihatin dan sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, maka pandangan semua pihak diambil kira termasuk pihak pembangkang. Sepatutnya kerajaan idak perlu untuk melayan sangat karenah pihak pembangkang ini kerana pihak pembangkang sendiri pun tidak pernah mempedulikan kerajaan. Apa jua yang kerajaan laksanakan tidak pernah dihargai apatah lagi   hendak mengucapkan terima kasih. Kalau boleh mereka mahu kerajaan yang ada ini mengikut apa jua kehendak dan telunjuk mereka. Pihak pembangkang mahu supaya kerajaan ini sentiasa sahaja tunduk kepada apa jua tuntutan mereka. Jika tidak, pihak pembangkang akan membrontak dan memburuk-buruk man menghasut rakyat supaya membenci kerajaan. Inilah perangai buruk pihak pembangkang Malaysia. 

Dalam kes TBH, Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan. Ahli panel yang dilantik adalah ahli anel yang telah diperkenan oleh Agong. Maknanya Suruhanjaya Diraja ini telah melakukan tugas mereka sebagai mewakili Yang Dipertuan Agong. Mereka yang menganggotai Suruhanjaya ini bukan alang-calang manusia. Mereka telah melaksanakan tugas mereka tanpa memihak kepada sesiapa tetapi memihak kepada kebenaran. Semua pihak bersetuju dengan perlantikan mereka dan semua pihak menunggu-nunggu hasil keputusan siasatan mereka. Keputusan yang mereka buat adalah keputusan yang Agong buat. Membantah keputusan yang Suruhanjaya putuskan samalah seperti membantah keputusan yang dibuat oleh Agong. Dalam bahasa mudahnya, menolak keputusan Suruhanjaya ini samalah seperti menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong. Mungkin sedikit pembetulan diperlukan oleh pihak kerajaan pada masa yang akan datang,  dimana apa juga hasil siasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja hendaklah dumumkan sendiri oleh Yang Dipertuan Agong sendiri dan bukannya oleh menteri. Jika demikian, mungkin kesan untuk ditolak boleh diminimakan.

Menderhaka kepada Raja-Raja Melayu semakin menular sejak akhir-akhir ini. Bagi parti pembangkang, apa juga titah yang disampaikan oleh Raja-Raja mealu itu bukanlah suatu titah yang muktamad. Bagi mereka jika titah itu tidak sejiwa dan selari dengan kehendak mengarut mereka, maka titah itu boleh dibantah dan dibangkang. Lihat sahaja kepada perkara BERSIH 2.0 baru-baru ini. Walaupun Agong telah menitahkan supaya perhimpunan yang boleh mengugat keamanan dan menggangu kehidupan rakyat jelata hendaklah dibatalkan atau dihentikan, tetapi pihak pembangkang masih meneruskan juga. Apa makna semua ini? Maknanya mereka sudah tidak takut dan tidak hormat kepada tintah perintah Raja-Raja melayu. Lihat sahaja kepada tindakan beberapa wakil rakyat pihak pembangkang yang tidak menghormati aturan dan tidak menghormati raja-raja melayu. Ada yang tidak mahu memakai songkok semasa upacara perasmian dewan. Hanya memakai songkok dan bukannya diminta untuk memakai baju kebabangsaan. Aku fikir 99.99% wakil rakyat DAP yang bukan melayu tidak pernah memakai songkok dan tidak mempunyai baju kebangsaan di rumah mereka. 

Baju melayu itu adalah baju kebangsaan kita, sepatutnya setiap rakyat Malaysia dikehendaki untuk memakainya pada hari-hari tertentu sebagai menghormati baju kebangsaan. Malaysia ini ditubuhkan atas dasar islam dan melayu. Oleh itu banyak perkara yang menjadi hak milik kebangsaan didasari oleh adat dan budaya melayu. Mahu atau pun tidak sebagai rakyat Malaysia, semua warganegara perlu menghormati dan mempunyai pemilikan bersama kepada adat dan budaya melayu yang telah digazetkan sebagai adat dan budaya kebangsaan termasuk bersongkok dan berbaju melayu.

Berbalik kepada kes TBH, semua pihak sepatutnya akur kepada keputusan yang telah dibuat oleh panel Suruhanjaya Diraja. Pihak Istana dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat jangan berlembut dengan mana-mana pihak yang mempertikaikannya. Tindakan tegas hendaklah diambil kepada pihak yang mempertikaikannya. Sepatutnya, sudah tidak ada lagi proses undang-undang yang boleh mencabar hasil siasatan Suruhanjaya Diraja. Jadikan hasil siasatan Suruhanjaya Diraja itu ebagai suatu keputusan yang tidak boleh dicabar oleh undang-undang dunia. Biarlah mereka yang menganggotai Suruhanjaya berkenaan menjawab dengan Yang Maha Berkuasa jika mereka melakkan kesilapan di dalam keputusan mereka.

Fenomena menderhaka kepada Raja-Raja Melayu ini hendaklaj ditangani segera dengan bijak dan berkesan. Kita tidak mahu perkara ini dbiarkan berleluasa sehinggakan sampai ketahap kritikal dimana rakyat akan diminta mengundi untuk mengekal atau membubarkan institusi raja-raja Melayu. Jika tindakan menderhaka ini  tidak dibendung sedari awal sebelum ianya merebak, aku percaya keadaan akan menjadi semakin sukar dan tidak mustahil, institusi kesultanan melayu hanya boleh dilihat di dalam muzium sahaja. Bibit-bibit kearah itu telah ditanam secara halus oleh pihak yang membenci raja-raja melayu. Bibit-bibit ini jika dibiarkan ianya akan menjadi anak pokok yang sukar untuk dtebang kerana ramai yang bergantung hidup kepadanya. Kalau ditebang juga, maka suatu malapetaka besar bakal berlaku. 

No comments: