SAHABAT BLOG

03 July 2011

Beri pengajaran secukupnya kepada pengacau keharmonian negara

Utusan hari ini melaporkan di Penang, seramai 1,500 orang dari pelbagai NGO telah mengadakan perhimpunan untuk menunjukkan tanda bantahan mereka kepada corak pemerintahan Lim Guang Eng. Mereka telah berkumpul selepas solat Jumaat dan berarak sejauh 6 KM menuju KOMTAR. Dengar ceritanya Lim Guang Eng telah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan keras dan menahan peserta tunjuk perasaan berkenaan.

Ni, aku nak tanya para penyokong PR ni, bukankah kebebasan bersuara itu dibenarkan dan didokong oleh Pakatan Rakyat. Kenapa pulak apabila ada orang berarak dalam negeri Pakatan Rakyat, mereka tidak benarkan dan mendesak pihak polis ambil tindakan. Kalaulah betul mereka mendokong atau menyokong perhimpunan ramai tanpa permit, sepatutnya kerajaan Penang biarkan sahaja pihak-pihak yang hendak berhimpun dengan aman. Janganlah diganggu dan ditahan mereka kerana itu adalah kebebasan bersuara.

Aku bukan rakyat Penang dan tak tahu sangat apa yang sebenarnya berlaku di Penang. Kalau benar sepertimana dakwaan pelbagai pihak terutama orang Melayu Islam bahawa Lim Guang Eng ni zalim dan meminggirkan orang Melayu, maka aku menyokong penuh usaha untuk menyingkirkan beliau. Aku juga boleh memberikan cadangan supaya dibentuk satu kumpulan yang sanggup untuk bergilir-gilir berhimpun secara aman di mana-mana dataran di Penang setiap hari sehinggalah Lim Guang Eng setuju untuk meletak jawatan.
Dengan cara ini, barulah kerajaan PR faham apa erti sebenar kebebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh mereka selama ini. Baru padan dengan muka mereka. 

Setiap negara mempunyai budaya dan corak kehidupan tersendiri. Malaysia ini sudah merdeka lebih dari 50 tahun. Para pemimpin dari pelbagai bangsa telah bertungkus lumus untuk mengharmomikan negara ini. Semasa ancaman komunis berleluasa dahulu, pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan oleh kerajaan untuk menghapus kegiatan mereka dan akhirnya komunis berjaya dihapuskan. Tidakkah rakyat berasa bersyukur dengan kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah yang terlalu banyak untuk dihitung oleh rakyat. Kenapa masih ada segelintir rakyat yang masih tidak bersyukur dan merancang hendak menimbulkan kekacauan baru. 

Kerajaan kita dipilih oleh sistem pilihanraya yang tersusun dan teratur. Tidak dinafikan mungkin terdpat kekurangan dimana-mana kerana sebagai manusia, sudah tentu ada terdapat cacat celanya. Begitu juga dengan sistem pilihanraya di negara ini. Aku percaya dari masa kesemasa, sistem tersebut akan dikaji dan diperbaiki mana yang perlu. Diperbaiki bukan untuk kerajaan BN atau segelintir pihak, tetapi untuk kebaikan rakyat jelata supaya rakyat boleh memilih pemimpin dan parti yang benar-benar dipercayai. 

 Sebagaimana dikatakan oleh pihak SPR, mana-mana pemimpin yang disukai oleh rakyat, maka mereka akan diundi sebagai pemimpin. Jika sekiranya pihak kerajaan menguasai sepenuhnya SPR dan sistem pilihanraya kita supaya berpihak kepada mereka, aku cukup yakin, sudah lama Kelantan dapat dirampas kembal oleh kerajaan BN. Namun kerajaan PAS kelantan berjaya mempertahan kemenangan mereka sehingga lebih dari 20 tahun. 

Begitu juga pada PRU 12 yang lalu,kenapa pihak kerajaan BN hilang 4 negeri dan kehilangan majoriti 2/3 penguasaan Dewan Parlimen, jika sekiranya mereka berkuasa penuh untuk menentukan kemenangan kepada pihak kerajaan. 

Bukan tidak ada kerajaan yang memastikan setiap kali pilihanraya umum, kemenangan berpihak kepada mereka. Lihat sahaja kepada pilihanraya di Pilifina pada zaman  Estrada. Pihak pemerintah telah melakukan penipuan sehingga mereka  memperolehi kemenangan. Begitu juga apa yang dilakukan oleh Hosni Mubarak di Mesir. Namun pemimpin Melayu yang berpegang kepada ajaran Islam bukanlah kerajaan seperti mereka. Jika ada yang bertindak menipu seperti didakwa oleh pihak pembangkang terutama melibatkan peti undi pos tentera, aku percaya ianya bukanlah arahan daripada pihak kerajaan, tetapi tindakan itu dilakukan oleh segelintir pihak yang melakukannya demi kepentingan sendiri. 

Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang mengecewakan bilamana ada pihak menuduh kerajaan melakukan penipuan di dalam sistem pilihanraya. Perkara ini tidak boleh diterima oleh mereka yang waras . Jika ada pihak yang mengatakan pilihanraya kita tidak bersih dan SPR bersengkokol dengan kerajaan ,pihak ini aku anggap sebagai dalang untuk memusnahkan negara dan mereka patut ditentang habis-habisan oleh rakyat jelata yang sayangkan keamanan yang dinikmati selama ini. Pengacau-pengacau ini hendaklah diberi pengajaran secukupnya supaya kegiatan mereka tidak menjadi barah kepada keamanan negara. Mereka buka tidak sedar haikat sebenarnya, tetapi mereka adalah munafik dan hipokrit yang menggunakan kejahatan mereka untuk menipu dan menghasut rakyat supaya menentang kerajaan. Pihak ini sebenarnya mereka yang begitu terdesak. 

No comments: