SAHABAT BLOG

30 June 2011

BERSIH 2.0 BAKAL MENERIMA TAMPARAN

Setelah beberapa siri tangkapan yang dilakukan oleh pihak Polis termasuk tangkapan terhadap seorang Ahli Parlimen dan kumpulannya dari PSM yang didakwa cuba untuk menghidupkan kefahaman komunis Malaya telah menimbulkan persoalan samada BERSIH 2.0 nanti akan dilaksanakan ataupun tidak. Sehingga artikel ini aku tulis, pihak penganjur BERSIH 2.0 iaitu si  Ambiga masih bertekad akan meneruskan agenda jahat beliau. 

Polis Malaysia adalah badan yang profesional. Polis Malaysia bukannya seperti kebudak-budakan yang tidak memantau segala apa yang berlaku di dalam Malaysia ini. Di setiap lokasi dalam negara ini aku percaya berkeliaran special brand yang sentiasa memantau pergerakan setiap perlakuan rakyat Malaysia termasuk kegiatan-kegiatan yang dirancang oleh badan-badan politik di negara ini. Di dalam setiap petubuhan politik, aku percaya ada pihak polis yang menjadi ahli yang ditugaskan untuk memantau pergerakan kumpulan berkenaan. Sehubungan itu, apabila tuduhan dilakukan kepada ahli parlimen yang dikatakan cuba untuk menghidupkan kefahaman komunis untuk menentang kerajaan, aku percaya perkara ini adalah satu kebenaran. Begitu juga, apabila pihak polis menyatakan bahawa BERSIH 2.0 menerima dana daripada pertubuhan Kristian luar negara, aku percaya bahawa ianya benar. 

Kerajaan Malaysia sepertimana kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berada di dalam keadaan tersempit. Mereka tersempit untuk membuat keputusan yang tidak popular kerana mereka berpendapat sitiuasi sekarang ini tidak memihak mkepada mereka. Sebenarnay kerajaan silap, kerana keadaan bukan tidak memihak kepada mereka, tetapi kebencian terhadap kerajaan terlalu divokal atau dilaungkan sehingga menenggelamkan sokongan kepada kerajaan. Apabila kebencian tersebut diwar-warkan ke seluruh negara, ianya memberi gambaran bahawa majoriti rakyat membenci kerajaan sedangkan bancian-bancian yang dilakukan menunjukkan majoriti rakyat menyokong kerajaan Oleh yang demikian sepatutnya kerajaan hendaklah melaksanakan apa yang difikirkan betul dan memberi manafaat kepada rakyat dan bukannya mempunyai minda yang tesempit sepertimana kata Dato' Razali Ibrahim itu. 

BERSIH 2.0 sebagaimana dikatakan oleh Mukriz dan Ng Yen Yen akan menjejaskan sektor pelacongan dan pelaburan asing negara. Betul kata Mukriz bahawa, penyiaran asing akan mengulang siar rusuhan yang berlaku dalam BERSIH 2.0 nanti (jika ada) berulang-ulang sehinggakan rakyat diseluruh dunia percaya bahawa keadaan di Malaysia ini tidak selamat. Zainuddin Maidin pernah mengulas perkara yang sama semasa BERSIH pertama dahulu. Aku pernah menulis artikel berkenaan kesan BERSIH 2.0 termasuk perkara ini sebelum ini.  Ng Yen Yen pula menjangkan para pelancong asing akan membatalkan niat mereka untuk melancong ke Malaysia kerana bimbang keadaan yang tidak selamat apabila menonton siaran berita asing yang menyiarkan berita rusuhan yang mungkin berlaku. Kita tidak salahkan penyiaran asing ini kerana perkara ini juga dilakukan oleh para pemberita kita. Contohnya seperti keadaan yang dilakukan di Mesir itu hari. Seiap hari TV kita menayangkan cerita pasal rusuhan di dataran Tahrir sehinga merunsing ibu bapa para pelajar yang belajar di Mesir. Hakikatnya aku percaya, perkara itu tidaklah seburuk apa yang digambarkan oleh pemberita. Beginilah  keadaannya jika BERSIH 2.0 nanti jika ianya diteruskan juga sehingga melibatkan pertembungan dengan pihak yang menentang mereka seperti PERKASA dan PEMUDA UMNO serta pihak polis. Keadaan huru hara pasti berlaku kerana jika diselak kepada sejarah perhimpunan haram sebelum ini terutama perhimpunan refomarsi 1998, semuanya berakhir dengan tindakan pencegahan oleh pihak polis.

Berbalik kepada perkara asal yang ingin aku lontarkan iaitu semakin ramai rakyat yang ragu-ragu samada BERSIH 2.0 akan diadakan ataupun tidak, jika ditanya pendapat aku, aku katakan bahawa ianya bakal berlaku tetapi dengan sambutan yang paling minima. Aku fikir tidak sampai pun 1,000 orang yang akan hadir untuk menyertai perhimpunan berkenaan. Jika jumlah yang seramai ini berkumpul, pihak BERSIH 2.0 akan mendakwa bahawa mereka telah dihalang dari pelbagai sudut untuk mengagalkan BERSIH 2.0 manakala di pihak kerajaan pula, mereka akan mendakwa bahawa rakyat sudah tidak percaya kepada pihak pembangkang. Bagi aku, kedua-dua pihak sebenarnya kalah dan menang.

1 comment:

Unknown said...

Salam...Harap dapat dilink blog KL BOYZ disini...Terima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com/