SAHABAT BLOG

03 July 2011

Demonstrasi jalanan boleh pinda perlembagaan


Apa yang ingin aku nyatakan di sini adalah keberkesanan demostrasi jalanan jika ianya tidak dikawal. Demonstrasi jalanan mempunyai kuasa yang cukup besar sehingga ianya boleh menumbangkan sebuah kerajaan sepertimana yang berlaku di Mesir. Demonstrasi jalanan boleh meminda perlembagaan seperti yang berlaku di Maghribi. 


Oleh kerana begitu besar pengaruh demonstrasi jalanan ini kepada sesebuah pemerintahan ataupun kerajaan, maka ianya telah dijadikan modal mahupun kaedah bagi sesetengah pihak untuk membentuk ataupun merobah sesuatu supaya menepati kehendak para pendemo. Pendekatan inilah yang cuba untuk digunakan oleh para pebangkang di negara kita ini melalui BERSIH 2.0. Mereka bukan saja-saja hendak berdemo tanpa mengemukakan sesuatu tuntutan. Jika sekiranya tuntutan mereka ini dipenuhi, tidak mustahil suatu masa yang akan datang, mereka akan menuntut supaya perlembagaan dipinda ataupun mereka menuntut supaya instituisi raja-raja melayu dimansuhkan.  

Sehubungan itu, aku harapkan pihak kerajaan tidak membiarkan sebarang aktiviti demonstrasi jalanan yang jelas mempunyai maksud untuk menganggugugat kerajaan samada kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan kerana jika budaya ini dibiarkan berleluasa, sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku. Sebelum ini aku mungkin ada menulis untuk mencadangkan supaya rakyat di Penang ataupun di Kelantan berdemo untuk menuntut pemimpin negeri meletak jawatan, sebenarnya aku silap dalam hal ini. Biarlah proses peralihan kuasa di negara kita ini diadakan melalui pilihanraya yang adil dan telus. 


 
Warga Maghribi mahu kuasa raja dihadkan


RABAT Februari 2011: Ribuan orang berkumpul di beberapa bandar raya Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan mengehadkan kuasa raja.

Di Rabat, lebih 2,000 orang berhimpun di jalan raya menyuarakan tuntutan perubahan, manakala di Casablanca, lebih 1,000 orang menunjuk perasaan sambil melaungkan kata-kata “kebebasan, maruah dan keadilan.’ Semua demonstrasi itu dijalankan secara aman.


Seorang mahasiswa berkata, dia mengharapkan Maghribi ditadbir dengan lebih adil dan kurang rasuah.

“Kami tidak menentang raja, cuma mahukan lebih keadilan dan peluang pekerjaan,” katanya.


Beribu-ribu anak muda menyertai gerakan ‘20 Februari’ yang dilancarkan melalui laman sesawang Facebook menggesa protes diadakan secara aman.


Mereka juga mahu perlembagaan baru dirangka untuk mengehadkan kuasa raja dan keadilan sosial dilaksanakan.


Sementara itu, kerajaan berjanji menyuntik subsidi RM5.8 bilion bagi mengimbangi kenaikan harga barangan di kalangan rakyat berpendapatan rendah. - AFP"

Maghribi had kuasa raja

Raja Mohammed VI turut mengundi di satu pusat pengundian di Rabat semasa pungutan suara bagi meminda Perlembagaan Maghribi dan mengehadkan kuasa baginda, kelmarin. - Agensi


RABAT 2 Julai - Rakyat Magribi bersetuju meminda Perlembagaan dan mengehadkan kuasa pemerintah, Raja Mohammed VI dalam satu pungutan suara semalam berikutan pemberontakan rakyat di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Taib Cherkaoui berkata, sebanyak 98 peratus pengundi menyatakan 'ya' selepas 94 peratus pos pengundian melaporkan keputusan kiraan undi masing-masing.

''Sebanyak 72.65 peratus pengundi keluar mengundi dalam pungutan suara itu,'' katanya ketika mengumumkan keputusan pungutan suara itu melalui siaran televisyen rasmi.

Pengkritik mengecam keputusan tersebut dan kumpulan belia dan sebuah pertubuhan dikenali sebagai Pergerakan 20 Februari mengumumkan ia akan mengadakan demonstrasi secara aman esok bagi membantah keputusan yang mereka sifatkan sebagai tidak masuk akal.
''Pungutan suara ini melanggar prinsip demokrasi,'' kata seorang pemimpin pergerakan itu, Najib Chaouki kepada AFP.

Taib menegaskan bahawa pungutan suara itu dilaksanakan mengikut peraturan dan ia menggambarkan sokongan kepada penggubalan Perlembagaan baru.

Bagi menunjukkan pungutan suara itu disokong golongan belia, beliau berkata, sebanyak 30 peratus pengundi merupakan mereka yang berumur di bawah 35 tahun.

Di bawah draf Perlembagaan baru itu, Raja akan kekal sebagai ketua negara, tentera dan agama Islam di Magribi.
Bagaimanapun, Perdana Menteri yang dipilih daripada parti yang menang dengan mempunyai anggota majoriti di Parlimen, akan bertindak sebagai ketua kerajaan. - AFP
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments: