SAHABAT BLOG

21 June 2011

Ramai majiikan Malaysia dikencing orang gaji mereka

Majikan di Malaysia  ramai yang telah dikencing oleh orang gaji masing-masing. Ramai orang gaji Indonesia yang telah lari dari majikan masing-masing. Sepanjang tahun 2010 seramai18,716 orang gaji telah lari dari majikan masing-masing dimana 92.3% daripada mereka itu adalah warganegara Indonesia. Aku cukup yakin dan percaya kebanyakkan daripada majikan yang kena kencing oleh orang gaji ini adalah orang Melayu. Kalau bangsa lain seperti bangsa Cina, mereka tak kasi peluang untuk orang gaji mereka angkat muka. Dikerjakannya sungguh-sungguh sehingga berbirat-birat dan ada yang mati dikerjakannya. 

Kebanyakkan majikan melayu ni baik hati. Ada antaranya yang begitu penyayang kepada orang gaji mereka sehingga ada yang baru 2 atau 3 bulan kerja, telah dianggap seperti saudara sendiri. Alih-alih apabila sudah dapat gaji pertama, dikencingnya majikan melayu yang 'percaya maut' itu. 

Antara taktik orang gaji yang jahat ni, ada yang berpura-pura hendak menjemur kain, sedangkan di dalam bakul kain penuh dengan barang-barang berharga seperti laptop, PS2, handphone, tabung arnab dan sebagainya. Jadi jika ada orang gaji baru yang hendak jemur kain di luar kebiasaannya seperti waktu petang ke, sila perhatikan betul-betul. Ada juga yang lari sehelai sepinggang tanpa mengambil pasport mereka kerana mereka tahu bahawa tanpa pasport pun mereka masih boleh hidup senang lenang di malaysia ni kerana ramai kawan-kawan dan sedara mara yang bantu.

sila baca seterusnya..........


No comments: