SAHABAT BLOG

22 June 2011

BERSIH 2.0 adalah tindakan mereka yang menagih kuasa


Persoalan yang ingin aku bincangkan pada kali ini adalah , adakah Ambiga betul-betul ikhlas untuk membersihkan SPR dari unsur-unsur yang dikatakan tidak bersih.

Sebelum aku huraikan dengan lebih panjang, kenyataan awal aku ialah pemilihan pemimpin PKR adalah pemilihan pemimpin peringkat nasional yang paling berterabur sekali aku rasa  pernah direkodkan.

Setiap parti inginkan kuasa dan mengekalkan kuasa termasuh DAP di Penang dan PAS di Kelantan atau PKR di Selangor. BN sudah semestinya sejak dulu, kini dan selamanya. Sebagai pemilik kuasa baru,  DAP dilihat lebih aktif dengan aktiviti untuk mengekalkan kuasa berbanding negeri Selangor dan Kedah. Selangor dilihat lebih slow and steady manakala Kedah aku percaya bakal kecundang dalam PRU 13 nanti.  

Di Penang, aku lihat agak sukar bagi BN untuk rampas kembali kerana DAP juga tahu apa yang perlu dibuat untuk mengekalkan kuasa yang mereka perolehi. Perkara pertama yang dilakukan oleh Lim Guang Eng adalah memenangi hati orang Islam kerana beliau tahu bahawa, kuasa undi Islam adalah penentu kepada kepimpinan Penang. 

Sebagai pihak yang memburu kuasa, pihak Pakatan Rakyat merasakan bahawa PRU 13 nanti adalah tahun paling munasabah bagi mereka untuk memperolehi kuasa Parlimen. Namun demikian, mereka percaya hajat besar mereka itu tidak akan tertunai jika sekiranya sesuatu perubahan tidak berlaku kepada sistem pilihanraya sedia ada. Sesuatu yang dirasakan dan difikirkan boleh menghalang mereka untuk ke Putrajaya adalah sistem Pilihanraya yang diamalkan selama ini. Mereka merasakan jika sekiranya sistem sedia ada 'dikacau' , peluang mereka sedikit cerah. 8 perkara yang mereka tuntut sebenarnya bukanlah sesuatu yang memberikan kelebihan besar pun kepada mereka. Contohnya penggunaan dakwat hitam kekal bagi menanda pengundi yang telah mengundi. Selama ini pun tidak pernah ada kes dimana pengundi mengundi dua kali. Namun sebagai satu sebab bagi mereka untuk 'mengacau' sistem sedia ada, maka mereka menuntut macam-macam. Jika sekiranya tuntutan mereka dipenuhi, maka mereka telah berjaya memenangi kemenangan moral. 

Disamping itu juga, mereka juga sengaja ingin mencari alasan untuk berhimpun bagi membina momentum rakyat. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan Kedah dan Selangor dan bukannya untuk menawan Putrajaya. Di antara Penang, Kelantan, Kedah dan Selangor, Pakatan Rakyat mendapati Selangor dan Kedah berkemungkinan besar akan dirampas kembali oleh BN. Sehubungan itu, bagi mengembalikan semangat para penyokng tegar PAS dan bagi memulakan momentum sokongan kepada Pakatan Rakyat, maka mereka harus mengadakan perhimpunan besar-besaran. Jika selama ini mereka mengharapkan kepada ceramah-ceramah Anwar untuk membina momentum, tetapi semenjak kes Liwat II, Anwar semakin tidak boleh diharapkan lagi.

Aku ingin meminjam satu komen daripada pembaca blog dinturtle yang cukup objektif saranan-saranan beliau untuk menghalang BERSIH 2.0 seperti di bawah.

Mohd said...

Kerajaan senang aje nak hadapi ini semua:
1. Menteri KDN beri amaran bhw kanak2 yg ditangkap semasa demo Bersih2 nanti akan dibuang sekolah! Ibu bapa akan berfikir dua kali utk menggadaikan masa depan anak2 mereka.
2. Pelajar2 Universiti dan kolej2 akan dibuang serta merta bila ditangkap berada di demo Bersih2. Ibu bapa dan penjamin2 mereka akan dihadapkan ke mahkamah utk membayar ganti rugi.
3. Semua bas yg mengangkut peserta demo haruslah disekat di tengah jalan. Permit bas2 itu dibatalkan serta merta. Pemandu2 bas itu dilucutkan lesen memandu mereka.
4. Peserta2 demo Bersih itu akan diberi amaran utk bersurai. Jika engkar, mereka akan ditangkap, digari, dibawa dgn trak2 polis ke tempat lapang yg panas terik utk berkumpul. Bila mereka sedar yg mereka akan terseksa, mereka akan berfikir dua kali utk menyerta demo Bersih2 kecuali yg bodoh sangat utk berfikir sendiri.
5. Sebelum 9hb 7, semua penganjur Bersih 2 harus ditangkap dan ditahan di bawah Akta ISA kerna cuba menghasut utk rakyat merusuh dan menggangu ketenteraman awam.
Kalau ini semua tidak dilakukan oleh Kerajaan BN yg mengutamakan rakyat, lebih baiklah Kerajaan ditukar kpd Kerajaan Komunis DAP saja di PRU13 nanti!
Melayu mudah lupa ?????????????????

Aku tidak tahu adakah saranan ini senang untuk dilaksanakan seperti kata yang Mohd, ataupun sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan, tetapi point 1, 2 dan 3 boleh digunakan jika kerajaan memang berniat untuk mengagalkan BERSIH 2.0


2 comments:

Anonymous said...

Saya cuma tunggu polis je bertindak .... jangan sampai rakyat pun kutuk polis macam rakyat kutuk Hishamuddin. Bagi warning je pandai... serabut mikir.

putrarahman said...

Jika polis dan FRU bertindak pada hari perhimpunan, sudah pasti berlaku kekacauan dan kemusnahan. Oleh yang demikian, jika polis tidak mampu untuk mengagalkan perhimpunan berkenaan, maka aku fikir adalah lebih baik dibiarkan sahaja perhimpunan itu berlangsung dengan aman. Namun demikian, selepas perhimpunan barulah ditangkap dan disabitkan pemimpin dengan perhimpunan haram.