SAHABAT BLOG

14 February 2011

Pengajaran dari Bumi Mesir

Sedikit sejarah berkenaan Mesir Moden yang diperolehi wari Wikipedia.

Terusan Suez dibina pada 1869 dan menjadikan Mesir sebagai pusat perhubungan dan pengangkutan sedunia. Pertikaian antara kerajaan Uthmaniyyah dan British mendorong kepada pengambilan kawasan Mesir oleh pihak British pada 1914. British melantik Husayn Kamil sebagai Sultan Mesir.

Akibat gerakan nasionalisme yang hebat, British mengiytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922. Kerajaan baru ditubuhkan dan bersifat raja berperlembagaan. Pada 1948, Mesir terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel tetapi kalah dalam perang tersebut. Golongan nasionalis yang tidak puas hati telah menggulingkan institusi monarki pada 1952 dalam Revolusi Mesir dan mengisytiharkan Republik Arab Mesir pada 1953.
Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Republik pada 1954 dan mengisytiharkan kemerdekaan penuh daripada United Kingdom. Tindakan Abdel Nasser memiliknegarakan Terusan Suez pada 1956 mambangkitkan kemarahan United Kingdom dan Perancis, dan mengakibatkan konflik tentera, iaitu Krisis Suez. Dalam Perang Enam Hari 1967, wilayah Mesir, iaitu Semenanjung Sinai dan Jalur Gaza ditakluk oleh Israel.

Abdel Nasser meninggal dunia pada 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat. Pada 1973, Mesir dan Syria melancarkan Perang Yom Kippur bagi mendapat balik wilayah Semenanjung Sinai dan Bukit Golan. Campur tangan pihak Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berjaya memulakan gencatan senjata. Pada 1977, Sadat menandatangani perjanjian damai dengan Israel untuk mendapatkan balik Semenanjung Sinai. Tindakannya mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk Arab di dalam dan luar Mesir. Pada 1981, Sadat telah dibunuh. Sadat digantikan oleh Hosni Mubarak yang merupakan Presiden Mesir sehingga digulingkan pada tahun 2011.(ruj: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesir)

Hosni Mubarak telah meletak jawatan kerana beliau merasakan bahawa usaha-usaha untuk menyelamatkan kuasanya bakal mengorbankan lebih banyak nyawa jika sekiranya ianya dilakukan dengan lebih keras. walaupun pada asalnya beliau berkeras untuk tidak berundur, tetapi disebabkan pihak tentera dilihat tidak menyokong usaha-usaha beliau untuk kekal, maka beliau akhirnya terpaksa akur dengan kehendak rakyat. Walaupun rakyat yang keluar untuk melakukan tunjuk perasaan di Dataran Tahrir tidaklah dilihat mewakili majoriti rakyat mesir ataupun tidak sampai 2/3 daripada jumlah keseluruhan penduduk mesir, tetapi keteguhan dan keberanian para penunjuk perasaan sehingga ada yang sanggup mati telah memberikan gambaran bertapa nekadnya rakyat Mesir menzahirkan kehendak mereka supaya Hosni Mubarak meletak jawatan.

Akhirnya Hosni Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari 2011. Perletakan jawatan Hosni Mubarak ini memberikan sinar baru kepada negara-negara islam terutama plastein dan memberikan mimpi buruk kepada USA dan sekutunya Israel. Apabila pemimpin yang telah lama berkuasa meletak jawatan, sudah tentu suatu tempoh peralihan diperlukan bagi mencari seorang pemimpin baru yang boleh mengembalikan kehebatan pemimpin yang meletak jawatan. 30 Tahun bukan satu masa yang pendek. Dalam jangka masa tersebut, Hosni Mubarak telah membiakkan satu generasi yang benci kepada kerajaan. Generasi inilah yang memainkan peranan penting untuk menjatuhkan beliau. Adalah diharapkan selepas kejatuhan Hosni Mubarak, pemimpin hebat muncul dengan cepat supaya pemulihan Mesir dapat disegerakan. Jangan jadi seperti di Iraq, setelah pemimpin Hebat mereka isaitu Saddam Husain, digulingkan, sehingga kini negara Iraq masih belum stabil sepenuhnya. Pemimpin-pemimpin yang muncul selepas itu, tidak berjaya untuk menyatukan rakyat Iraq.

Setelah sekian lama Mesir diperintah oleh regim, sudah tentu peralihan kepada demokrasi akan mengambil masa untuk berjaya sepenuhnya. Setiap puak mempunyai pemimpin masing-masing untuk diangkat sebagai Pemimpin. Tidak mustahil akan berlaku perang saudara di mesir. Sekarang ini, pihak tentera dilihat boleh memainkan peranan untuk mengawal keadaan di Mesir. Namun di dalam masa yang sama rakyat Mesir hendak memilih seorang pemimpin yang diterima oleh semua pihak untuk dilantik menjadi Presiden.Diterima semua bermaksud, para penyokong Hosni dan juga rakyat yang tidak menyokong beliau. Jangan jadi seperti di Thailand. Apabila Takhsin digulingkan, Thailand hanya menikmati keamanan semasa diperintah oleh tentera. Apabila Tentera menyerah kuasa kepada rakyat, perbalahan antara penyokong Takhsin dengan penyokong kerajaan yang memerintah sentiasa sahaja berlaku. Di sebut baju kuning dan baju merah.

Kerajaan BN malaysia hendaklah memgambil ikhtibar dari peristiwa yang berlaku di dunia Arab sekarang ini. Walaupun kaedah pemerintahan di malaysia berbeza di mana kita mengamalkan pemerintahan demokrasi, tetapi penguasaan parti BN yang memerintah dilihat seolah-olah Malaysia ini diperintah oleh regim. Bezanya, pemimpin sentiasa sahaja bertukar dari masa ke semasa walaupun parti tidak bertukar. Tun Mahathir adalah pemimpin yang paling lama berkuasa, namun beliau bijak dan terbilang. Beliau sedar dan tahu bilakah masa yang paling sesuai untuk menyerahkan jawatan. Beliau sanggup berkorban kepentingan diri demi untuk memastikan BN terus menguasai kerajaan Malaysia. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh para pemimpin yang berjiwa besar. Namun demikian, ada juga pemimpin di Malaysia ini yang mementingkan diri sendiri berbanding parti mereka. Contohnya adalah ketua Menteri Sarawak dan menteri Besar Kelantan. Mereka ini telah lama menjadi pemimpin utama di negeri masing-masing, tetapi masih belum ada ura-ura hendak menyerahkan jawatan kepada orang lain. Tidak mustahil, mereka bakal dijatuhkan oleh rakyat. Kalau hanya diri mereka sahaja yang digulingkan tidak menjadi soal, tetapi kebiasaannya, seluruh parti akan turut digulingkan.

No comments: