SAHABAT BLOG

01 January 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat menyambut tahun baru 2011. Tahun 2010 mengandungi pelbagai kenangan manis dan pahit dalam hidup aku. tahun 2010 juga telah mencatat sejarah apabila aku telah diserang oleh seekor nyamuk menyebabkan aku terlantar di rumah sakit seminggu. Tahun 2010 juga telah mencatatkan bahawa aku telah membeli harta pusaka iaitu sebidang tanah belukar seluas 2 ekar dan juga aku juga telah menukarkan WAJA aku kepada EXORA. kedua-dua harta ini ku beli dengan menambahkan hutang yang telah sedia. Kata kawan aku, hanya orang Gila sahaja yang tidak ada hutang.

Tahun 2011 telah menjelma kini. Mahu atau tidak semua orang yang masih hidup pada januari 2011 kena menempuh cabaran tahun 2011. Setiap orang akan ditanya apakah azam tahun baru dan adakah azam tahun 2010 telah tertunai atau tidak. Azam aku ditahun baru ini adalah untuk mengumpul seberapa banyak harta dunia dan akhirat dan lebih tekun dalam pekerjaan aku. Tahun ini juga bakal mencatat pekeriksaan utama pertama anak aku yang sulong iaitu UPSR. kalau dilihat kepada perkembangan semasa, anak aku bukan dalam golongan yang cemerlang dan bukan dalam golongan yang bodoh. Aku sasarkan 3A sahaja.

Jalan untuk mencari harta akhirat cukup mudah, cuma mahu atau tidak sahaja, tetapi jalan untuk mencari harta dunia payah sikit. kalau tidak kena caranya buka harta yang diperolehi, tetapi bala yang mendatang. Oleh itu, kedua-duanya bakal menjadi cabaran kepada aku di tahun 2011 ini.

Selamat Tahun Baru.

No comments: