SAHABAT BLOG

30 December 2010

TAHNIAH TIGER MALAYA...SWEET MEMORY 2010



Kemenangan pasukan negara ke atas Indonesia dengan agregat 4-2 telah membawa sejuta kenangan manis kepada seluruh lapisan masyarakat melayu. Kenapa saya kata masyarakat melayu? kemenangan manis ini turut dikongsi bersama oleh para pemimpin melayu termasuk Perdana menteri iaitu DS Najib Razak. Para bloger turut sama merasai kegembiraan ini. Malaysia memang berhak untuk menjulang piala ini kerana malaysia telah menunjukkan mutu permainan yang baik sepanjang kejohanan berlangsung. Walaupun tewas 1 - 5 kepada Indonesia di peringkat kumpulan, pasukan negara tidak patah semangat. Mereka terus melangkah dengan penuh bergaya untuk memenangi perlawanan seterusnya.

kegilaan para penyokong malaysia terhadap pasukan negara telah menyuntik semangat baru kepada pemain untuk bermain dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya merangkul piala.Jika dilihat kepada corak permainan para pemain negara, tidak mustahil kita akan melihat kembali era kegemilangan pasukan negara di Asia. Sekarang ini, pemain pasukan negara telah mengumpul peminat sendiri termasuk di kalangan peminta wanita. kecemerlangan penjaga gol pasukan kebangsaan iaitu Khairul Fahmi menyelamat beberapa percubaan tepat termasuk tendangan penalti telah menjadikan beliau sebagai pemain yang paling diminati oleh penyokong tempatan. Secara peribadi, saya melihat bahawa Khairul Fahmi cukup bijak membaca pergerakan lawan dan juga arah bola yang ditujukan ke gawang negara, tetapi sebagai penjaga gol muda, beliau masih memerlukan lebih banyak pendedahan untuk menambahkan lagi pengalamannya.

kemanangan pasukan kebangsaan ini telah menjadi bahan berita yang berterusan kepada pengamal media melayu. Setiap hari ada sahaja berita yang dimuatkan di dalam ruangan sukan media. Perkembangan positif ini telah membangkitkan rasa ingin tahu para peminat bolasepak tempatan terhadap perkembangan pemain negara. dari tepi padang hinggalah kerumah, kisah-kisah mereka dicari oleh pihak media.

Sepertimana amalan biasa pasukan hebat dunia seperti England, Brazil, Argentina atau mana-mana pasukan lain di dunia ini, pertukaran pemain kebangsaan mereka dilakukan dalam jumlah yang kecil. Mungkin sorang dua je yang ditukarkan, tetapi sebahagian besar pemain akan dikekalkan. Di harapkan perkara sebegini juga diamalkan oleh pasukan kebangsaan. jika dahulu, pemain pasukan kebangsaan diwakili oleh muka-muka yang sama menyebabkan para peminat tempatan kenal dan mesra dengan mereka, tetapi disebabkan kemerosotan bolasepak tempatan menyebabkan para pemain sering bertukar ganti.Oleh itu, aku nak lihat nama-nama seperti Safiq Rahim, Khairul Fahmi, Muslim, Asahari, Safee SAli, Kunalan, Fadli, dan ramai lagi yang tidak ku ingat nama-nama mereka akan kekal sehingga mereka sendiri yang memutuskan bila nak bersara. Ini bermakna mereka perlu mengekalkan prestasi mereka dan pihak pengurusan FAM pun kena bantu mereka untuk mengekalkan prestasi. Aku cadangkan supaya pasukan negara ini didedahkan dengan lebih banyak persekitaran antarabangsa seperti mengadakan perlawanan persahabatan dengan Amerika Selatan dan juga eropah. Gabungkan kedua-dua elemen ini iaitu Gaya Amerika Selatan dan Eropah supaya menjadi satu gaya baru permainan pasukan negara.

Apa-apa pun Tahniah kepada pasukan negara dan inilah hadiah tahun baru paling bermakna kepada para peminat sukan tanahair.

No comments: