Fathul Bari
Fathul Bari
 
SHAH ALAM – “Belum ada kata putus untuk saya bertanding  atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.” Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.

Tidak menafikan dan mengiakan, Fathul menjelaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang  pertemuan dan perbincangan antaranya dirinya dengan mana-mana pimpinan parti politik.

“Sudah lama kedengaran desas-desus bahawa saya akan bertanding, tetapi ingin saya katakan tiada pertemuan, perbincangan dan hitam putih dengan mana-mana pimpinan  parti untuk saya menjadi calon pada pilihan raya ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun tegasnya, beliau tidak mahu sebarang persepsi negatif pelbagai pihak terhadapnya pada masa akan datang. 

“Apa pun, saya tidak mahu apabila mengatakan akan bertanding, tiba-tiba parti katakan saya tidak tercalon. Itu akan memberi gambaran tidak baik terhadap saya.

“Dan, seandainya saya katakan tidak akan bertanding dan secara tiba-tiba nama saya tercalon, nanti ada pihak mengatakan bahawa saya berbohong,” katanya.

Putrarahman: Kalau ustaz Fathul Bari masih belum tahu adakah beliau akan menjadi calon atau tidak, ini bermakna UMNO masih belum muktamad kecuali mereka memang tidak mahu meletak Ustaz Fathu Bari sebagai calon. Rugi rasanya kalau tak meletak Ustaz Fathu Bari sebagai calon. Pada masa yang sama, dengar ceritanya Ustaz Asri pun masih belum mengesahkan samada beliau akan bertanding atau tidak. dan akan memberikan keputusan pada akhir Feb ini. Rujuk  SINI.

Pada firasat aku, Ustaz Fathul Bari sudah tentu akan menjadi calon BN jika beliau bertanding dalam PRU 13 nanti. Manakala DR Asri pula masih mempertimbangkan kawasan yang ditawarkan oleh PAS kepada beliau. Sudah tentu beliau mahukan kawasan yang boleh menang seperti di Kelantan. Bachok mungkin menjadi tuntutan beliau iaitu kawasan Ustaz Nasharuddin. Mungkinkah Ustaz Nasharuddin sengaja disingkirkan bagi memberi laluan kepada  Ustaz Asri di Bachok? Siapa tahu kerana dunia politik ni penuh dengan strategi dan tipu muslihat.