SAHABAT BLOG

17 February 2013

TAK RUGI LAGI KE, KALAU 'NEGARA ISLAM' TERPAKSA DIKORBANKAN?

Berita yang sedikit mengembirakan umat Islam di negara ini apabila Haji Hadi menyuarakan niat PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ini bermakna PAS memang mempunyai niat untuk berbuat demikian. Kenyataan Haji Hadi ini sedikit sebanyak akan memberikan tamparan besar kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Anwar , Nik Aziz, Karpal Sing, Kit Siang dan lain-lain lagi.

Walaupun, niat Haji Hadi ini bersyarat iaitu jika sekiranya Pakatan Rakyat itu merugi itu merugikan Melayu Islam, baru PAS akan mengambil langkah untuk keluar dari Pakatan. Isunya, kerugian yang macamana lagi yang hendak dijadikan kayu pengukur oleh Haji Hadi. Sudah jelas dan nyata didepan mata, semenjak PAS menyertai Pakatan Rakyat, sebuah 'Negara Islam' telah tumbang dan digantikan dengan "Negara Kebajikan". Tidakkah mengorbankan sebuah Negara Islam itu merupakan kerugian yang besar bagi orang Melayu Islam di Malaysia ni?

Kalau nak cerita perpecahan yang melanda orang Melayu Islam UMNO dengan Melayu Islam PAS semenjak PAS joint Pakatan, rasanya tak ada sebab lagi untuk Haji Hadi tidak mengotakan janji beliau.

Terang-terang kita boleh lihat kerugian yang amat besar dihadapi oleh Melayu Islam semenjak PAS menyertai PR. Jadi aku ulangi sekali lagi, kerugian yang macamana lagi ingin dijadikan kayu pengukur oleh Haji Hadi. Adakah dia mahu melihat sehingga kunci Masjid dipegang oleh orang Kapir, baru dia nak keluar dari Pakatan Rakyat?



Sunday, February 17, 2013

Video Panas dan terkini.... INI ADALAH MAINAN POLITIK!!!


No comments: