SAHABAT BLOG

18 May 2010

BN sudah tidak relevan kepada kaum Cina

BN kekal relevan kepada masyarakat Cina – Soi Lek
18/05/2010 10:33pm

KUALA LUMPUR 18 Mei – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, Barisan Nasional (BN) kekal relevan kepada masyarakat Cina dan masih meletakkan kepercayaan kepada parti-parti komponen BN.
"Jika kami tidak dalam kerajaan hari ini, siapa yang akan menangani semua isu ini?” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan Persatuan Peniaga Alat-Alat Ganti Kenderaan Terpakai di sini hari ini.
Soi Lek berkata, beliau percaya dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disifatkannya sebagai seorang pendengar yang baik, dalam mengemudi kerajaan.
"Kita perlu mencari rentak dan kami yakin di bawah Perdana Menteri kita, dasar kerajaan secara perlahan-lahan akan menggambarkan harapan rakyat... termasuk masyarakat Cina.
"Kami masih amat berharap dan kami masih sangat yakin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang majoriti pengundinya adalah Cina. – Bernama

Ulasan Saya:

Mungkin juga Chua Soi Lek terpaksa menyatakan sedemikian kerana bimbang DSN akan hilang tumpuan untuk terus membantu kaum Cina. Namun aku fikir, sudah sampai masanya kerajaan BN menilai kembali beberapa perkara berkenaan kaum-kaum lain di dalam pakatan BN. BN perlu menilai kembali sumbangan mereka kepada kerajaan dan negara terutama dari segi perpaduan nasional. Jika difikirkan ada perkara-pekara yang boleh menjadi penyebab utama kepada perpecahan pepaduan naional, aku fikir perkara tersebut perlu dikaji semula. Contohnya, kerajaan BN hendaklah mengkaji semula kedudukan sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang wujud di Malaysia ini dari segi kedudukan dan keperluannya. Adakah ianya masih sesuai untuk menjadi alat perpaduan nasional ataupun ianya menjadi punca kepada perpecahan rakyat malaysia.

No comments: