SAHABAT BLOG

17 May 2010

Bakat baru Diperlukan


Dua hari lepas aku dikejutkan dengan kekalahan mudah team Piala Thomas Negara kepada pasukan Cina. Kalah yang tak bermaruah. Bukan isu kalah 3-0 tetapi kemenangan yang mudah straight set tanpa melawan. Datuk Lim Chong Wei kalah straight Set, Pasangan Beregu Tan Bong Heong/Kong Keng Keat kalah starikh set, Wong Chong Han kalah straight set. Semua dah tua-tua, namun aku paling suka kepada Wong Chong Han. Walaupun dah tua, tetapi semangat melawan beliau tidak pernah luntur. Inilah sepatutnya ada pada setiap pemain jika hendak berjaya.

Lin Dan, walaupun aku bengang dengan aksi buka baju dan breakdancenya sewaktu menumpaskan Lim Ching Wei, namun aku akui bahawa permainan beliau cukup sempurna. Setiap hantaran pihak lawan samada smash, drop, net, dan sebagainya dapat dikembalikan. Beliau juga jarang membuat kesilapan seperti memukul bulu tangkis ke jaring ataupun menghantar bulu tangkis ke luar gelanggang. Kalau macam ni, macamana nak menang.

Aku harap, BAM meningkatkan usaha dengan melipat gandakan latihan dan mengilap bakat-bakat baru dan memberi latihan dan sokongan secukupnya kepada mereka. Kerajaan Malaysia hendaklah menubuhkan yayasan pemain supaya pemain-pemain baru yang berbakat mendapat latihan secukupnya dan memberikan mereka pendedahan dalam kejohanan-kejohanan besar. Aku dapati anak Datuk Misbun iaitu Misbun Ramdhan boleh diketengahkan oleh BAM. Jangan ambil masa lama sangatlah untuk memberi latihan dan pendedahan kepada beliau. Begitu juga lain-lain pemain yang bermain cemerlang dalam piala remaja asia baru-baru ni.

No comments: