SAHABAT BLOG

08 January 2010

Allah Tuhan yang Maha Esa Yang Satu

Ada dua perkara yang ingin aku sentuh pada catatan hari ini. Pada 02 Februari 2010, aku dah kembali ke Tanah Air setelah tamat operasi aku di Luar Negara. Pulang saja ke rumah aku dapati ASTRO aku tak ada siaran ataupun berpunca daripada satelit signal yang poor. Aku pun panggil makenik berdasarkan nombor telefon yang bersepah berada di kawasan aku tinggal. Apabila makenik datang, dia buat semakan dan di dapati bahawa Piring ASTRO aku telah dicuri orang. Cara mereka mencuri ialah dengan mencabut wayar aku dan menyambung wayar mereka. Memang susah aku nak kenalpasti mana satu piring ASTRO aku kerana berpuluh piring ASTRO lain yang berada di kawasan yang sama dan semuanya tidak mempunyai tanda hak milik sesiapa. Oleh kerana semua piring tidak bertanda, maka aku pun tak tahu mana satu milik aku. Aku pun terpaksalah mengganti piring yang baru dengan kos RM130.00 dan servis charge sebanyak RM50.00. Apabila dah pasang opiring baru, maka akupun membuat tanda pada piring dan juga gandarnya sekali. Jika masih ada yang nak mencuri lagi, aku potong tanganm mereka. Takde akai punya orang.

Setelah piring dipasang, decoder pulak tak boleh pakai. Dekoder ASTRO aku tak dapat tarik satelit signal. Makenik kata kena tukar baru dengan kos lebih kurang RM200.00. Aku cakap tak payah tukar, biarlah aku tak dapat tengok ASTRO buat sementara waktu. Pada 07 Februari 2010, aku telefon ASTRO untuk mencerita masalah aku pada mereka. Mereka pun nasihatkan aku supaya jika ada apa-apa hal terus berhubung dengan ASTRO. Mereka kata, mana-mama makenik yang bersepah nombor telefon kat kawasan aku tu bukannya makenik yang dilantik oleh ASTRO. Kata mereka, jika tukar piring, Cuma bayar RM50.00 sahaja dan bukannya RM180.00 dan ada jaminan lagi. Manakala bagi decoder pulak, mereka kata makenik ASTRO boleh baiki secara percuma dengan servis charge RM50.00 sahaja. Nampaknya aku dah tertipu dengan permainan syarikat kontraktor ASTRO yang sengaja mencari mangsa-mangsa mereka. Mungkin juga yang mencabut wayar ASTRO aku ialah di kalangan mereka juga, kalau tidak takkan orang awam nak buat perkara-perkara ganjil sebegitu. Oleh itu, kalau ada masalah pasal ASTRO dilain kali, aku kena telefon ASTRO dan bukannya telefon syarikat kontraktor yang hari-hari kerja nak mencari mangsa mereka.

Perkara kedua pasal penggunaan nama Allah oleh penganut kristian Malaysia. Memang pada asalnya ajaran yang dibawa oleh Nabi Allah Isa A.S. bertuhan Allah Yang Maha Esa. Namun setelah ajaran yang suci itu diselewengkan dengan cara mengubahsuai mengikut selera para paderi mereka, maka mereka telah menjadikan Allah itu tidak lagi Satu dan Esa, tetapi ada anak iaitu Jesus. Oleh yang demikian, secara tidak langsung Allah Yang Maha Esa yakni Tuhan bagi agama Kristian yang asal telah tidak lagi dipakai. Mereka telah gantikan dengan God bermaksud Tuhan. Oleh yang demikian, pada aku selagi mereka tidak kembali kepada agama Kristian yang asal yang dibawa oleh Nabi Isa, selagi itu mereka tidak berhak untuk menyatakan Allah S.W.T. sebagai Tuhan mereka. Biarlah mereka bertuhankan God yang di salib itu selama-lamanya kerana pada mereka itulah tuhan mereka.

Sehubungan itu, tindakan pihak gereja kristian Malaysia nak gunakan perkataan Allah di dalam majalah mingguan mereka adalah tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana sesungguhnya mereka sebenarnya tidak berhak lagi menyatakan Allah yang Maha Esa itu sebagai Tuhan mereka disebabkan penyelewengan mereka terhadap keEsaan Allah. Tindakan mereka ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang Islam terutama mereka yang tidak mendapat ajaran agama secukupnya dan juga mereka yang sedang mencari kebenaran dalam beragama. Selagi mereka tidak kembali kepada ajaran Nabi Isa dan Injil yang tulen, selagi itu mereka tidak boleh dibenarkan memanggil Allah itu sebagai tuhan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Saudara Putrarahman,

Ada baiknya sekiranya saudara merujuk kepada agama Kristian dengan hormat. Sekiranya anda mahu orang lain menghormati agama anda, hormatilah agama orang lain. Walaupun kitab suci anda menyebut bahawa Nabi Isa tidak disalib, apakah buktinya kerana Injil mengatakan yang sebaliknya. Ya, memang Al Quran juga menyebut bahawa orang Kristian dan Yahudi dah tukar Injil dan Torah, tapi apakah buktinya? Kajian sejarah menunjukkan bahawa Injil dan Torah yang dijumpai di tapak2 arkeologi adalah sama dengan apa yang ada sekarang. Sama ada Al Quran tepat atau tidak, kita harus buat pilihan dan jangan mencerca orang lain. Bagi pengetahuan saudara, kalau di ikut betul2 ajaran Kristian, Nabi Muhammad adalah nabi palsu (false prophets) yang akan muncul selepas pemergiannya. Jadi, siapa yang benar, siapa yang palsu? Buatlah pilihan sendiri dan jangan memburukkan ugama orang lain.

Saya harap saudara Rahmanputra tidak rasa tersinggung dengan respons ini tetapi memahami bahawa kita hidup dalam masyarakat majmuk (plural society) bukan saja di Malaysia tetapi di dunia ini.