SAHABAT BLOG

05 August 2009

Melayu DiHina?

Tidak sedarkah Melayu sedang dihina? — Utusan Malaysia
OGOS 4 — Sekali lagi segelintir orang Melayu menjadi 'kuda tunggangan' pihak tertentu. Sekali lagi Melayu ditipu kerana mahu memenuhi perjuangan kaum lain.
Pada Februari lalu, kita dapat saksikan bagaimana orang Melayu yang menjadi penyokong fanatik pakatan pembangkang di Perak sanggup tunjuk perasaan dan baring di tengah jalan depan Istana Kuala Kangsar.
Dulu mereka tunjuk perasaan sebab mahu mengganggu majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru. Mereka lupa kerajaan pimpinan bekas menteri besar daripada Pas dan ‘dikawal’ oleh DAP itu sudah hilang kuasa.
Sabtu lalu, orang Melayu yang beria-ia mahu ISA dimansuhkan melakukan huru-hara di ibu kota Kuala Lumpur. Mereka lupa pihak yang mahu ISA dimansuhkan itu adalah perjuangan pertubuhan haram Hindraf.
Orang Melayu perlu buka mata dan pasang telinga. Kalau benar pakatan menolak ISA itu adalah suara semua kaum, ke mana kaum-kaum lain dalam demonstrasi Sabtu lalu?
Hakikatnya, majoriti yang terkena gas dan cecair pemedih mata adalah orang Melayu. Lebih 90 peratus daripada 589 orang yang ditahan juga adalah Melayu.
Ke mana perginya penyokong DAP dan PKR daripada kaum Cina dan India? Adakah mereka mempunyai strategi lain dan demonstrasi jalanan bukan cara mereka?
Sebelum ini mereka yang berapi-api melaungkan slogan hapuskan ISA.
Nampaknya penyokong Pas sahaja yang dijadikan 'kambing hitam.' Imej Melayu yang berkupiah putih, berjubah dan berserban diperlihat sebagai orang yang ganas dan kurang bertamadun.
Tiada siapa yang suka imej yang memburukkan orang Melayu dan Islam. Jelas ada yang tidak kena. Adakah orang Melayu sedar akan hal ini?
Kejadian dua kali orang Melayu 'bertempur' dengan pasukan polis pada tahun ini wajar membuka akal fikiran kita.
Bodohkah Melayu atau bijaknya mainan politik bukan Melayu? Cuba fikir, akhirnya siapa yang untung dan siapa yang rugi?
Kita belum temui cadangan pihak pakatan rakyat untuk mengadakan demonstrasi mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan yang cuba diganggu-gugat oleh bukan Melayu.
Sebaliknya perkara yang boleh memberi keuntungan kepada bukan Melayu dalam jangka masa panjang yang beria-ia disokong.
Kempen pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah usaha kuat DAP. Gerakan hapuskan ISA adalah kempen Hindraf.
Tetapi majoriti peserta tunjuk perasaan yang menyusahkan rakyat itu ialah Melayu.
Jika dikatakan maruah dan martabat orang Melayu sekarang semakin diganggu gugat dan dicabar, mungkin penyokong pembangkang enggan menerimanya.
Mereka tidak akan percaya maruah Melayu dihina dan diperkudakan. Mereka tak mudah menerima penerangan bahawa banyak cara halus sedang dilakukan untuk menjatuhkan maruah pemimpin dan orang Melayu.
Terpulang kepada orang Melayu sendiri sama ada mahu bangkit atau relakan diri dipijak oleh orang lain.
Bookmark
Email This
Comments (28)
Show/Hide comments
...written by superyoga, August 04, 2009
Utusan Malaysia - Bloddy Racist Newspaper and its an illigetimate daughter of UMNO!!!

· +3
·
·
...written by khairul, August 04, 2009
btpe nk pertahankan hak2 keistimewaan melayu? mmg ada ada dlm perlembagaan. mmg x bole dicabar pn. asal nk pertahankan lagi. Utusan Malaysia mmg bnyk org bodoh and org gler
·
· +3
·
·
..., Lowly rated comment [Show]
...written by 1Malaysia, August 04, 2009
Semua orang yang hadiri tunjuk perasaan datang tanpa dibayar oleh sesiapa secara sukarela, tetapi polis yang "bertempur" dengan rakyat Malaysia telah diperkudakan oleh kerajaan Be End and adalah di bawah arahan kerajaan Be End, yang gaji mereka semua dibayar oleh rakyat Malaysia. "Cuba fikir, akhirnya siapa yang untung dan siapa yang rugi?" Penulis Utusan Malaysia lap dog Be End ini takut akhirnya kerajaan Be End akan dimampuskan bila datangny GE13, akhirny yang untung semua rakyat Malaysia, kecuali yang rugi crony Be End seperti penulis sendiri.
·
· +0
·
·
...written by PencacaiLaut, August 04, 2009
Maruah, martabat, untung, rugi, relaku di pijak di maki dan di caci. Hina ku hari ini, mati ku sendiri, gelombang suara MELAYU bergema tidak pudar, tidak berhenti Bersatulah kami untuk kebenaran bercerailah kami menentang penipuan seorang melayu golongan bangsawan? 20000 melayu golongan kebanyakaan? Utusan hari ini menghina kita suka suka di kuda, 'katanya' kaum lain ape cerita? kaum melayu ia-ia! Orang atas menyuarakan kesatuan orang melayu meluat dengan lagi satu penipuan bodohnya kami kerana menyeru bodoh lagi mereka yang bagi penyapu. Bangkit lah kami menentang kezaliman buang rhetoric basi mari aminkan hujan emas dirompak sakan hujan batu hari hari makan.
·
· +1
·
·
...written by 1Malaysia, August 04, 2009
Semua orang yang hadiri tunjuk perasaan datang tanpa dibayar oleh sesiapa pun dan secara sukarela, tetapi polis yang "bertempur" dengan rakyat Malaysia telah diperkudakan oleh kerajaan Be End dan berbuat demikian bawah arahan kerajaan Be End, yang gaji mereka semua dibayar oleh rakyat Malaysia. "Cuba fikir, akhirnya siapa yang untung dan siapa yang rugi?" Penulis Utusan Malaysia lap dog Be End ini takut akhirnya kerajaan Be End akan dimampuskan bila pada GE13 nanti, akhirnya yang untung semua rakyat Malaysia, kecuali crony Be End seperti penulis sendiriyang rugi.
·
· +0
·
·
...written by 1Malaysia, August 04, 2009
Semua orang yang hadiri tunjuk perasaan datang tanpa dibayar oleh sesiapa pun dan secara sukarela, tetapi polis yang "bertempur" dengan rakyat Malaysia telah diperkudakan oleh kerajaan Be End dan berbuat demikian di bawah arahan kerajaan Be End, yang gaji mereka semua dibayar oleh rakyat Malaysia. "Cuba fikir, akhirnya siapa yang untung dan siapa yang rugi?" Penulis Utusan Malaysia lap dog Be End ini takut akhirnya kerajaan Be End akan dimampuskan pada GE13 nanti, akhirnya semua rakyat Malaysia yang untung, kecuali crony Be End seperti penulis sendiri yang rugi.
·
· +0
·
·
...written by focussed08, August 04, 2009
The whore is at it again! "Reporting" with total disregard for honesty, truth and harmony of the nation. Spin, spin, spin..... for all we care because Malaysians already knows what the likes of you are capable of! Destroying the fabrics of a democratic society seems to be your objective and ambition. Sell your soul to the devil........... but, don't go crying when the devil comes collecting!
·
· +0
·
·
...written by xpdsees67, August 04, 2009
ramai kaum melayu berarak bantah ISA, sebab melayu yg ramai kena ISA..hakikatnya kaum melayu adalah kaum yg ada karisma memimpin..kaum lain akan ikut kaum melayu mana yg kuat..
·
· +0
·
·
...written by Cirda, August 04, 2009
Seditious? Well... if it's from Utusan... no it's not. Can someone ISA the Utusan editor to protect his safety please.
·
· +2
·
·
...written by 2525, August 04, 2009
I don't get this guy's logic. If majority Chinese protest, I bet he will say "Ini majoriti Cina protesk, maknanya majority Melayu pro ISA" and the likes. I think he must have hit his head somewhere in dumb dumb land.
·
· +1
·
·
...written by DSAI_Jr, August 04, 2009
Again the dog is barking, for the same bone...
·
· +1
·
·
...written by longjaafar, August 04, 2009
Melayu mundur oleh kerana pemikiran orang melayu di kongkong dan di sekat oleh akhbar2 seperti Utusan. Di dalam pemikiran Utusan, selagi orang melayu mundur, mereka perlu UMNO dan Utusan. Kalau orang melayu dah pandai dan boleh berdikari, mereka tidak perlu UMNO lagi. Kalau itu berlaku, di mana kah orang UMNO nak cari makan?
·
· +2
·
·
...written by JANGAN BELI UTUSAN, August 04, 2009
UTUSAN memang memperbodohkan orang Melayu. Isu ISA bukan isu India Hindraf semata-mata. Kebanyakan tahanan ISA adalah orang Melayu, isteri dan anak-anak tak berjumpa dengan suami/bapa selama berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.Takde gaji, takde duit, nak hidup macam mana ? Inilah tindakan kerajaan UMNO menindas rakyat yang bersuara untuk parti-parti pembangkang. Pihak pembangkang tak boleh bersuara, malah suratkahbar mereka hanya diberi permit yang terhad. Inikah negara Malaysia yang kita hendak ? dimana rakyat tak boleh bersuara , tak boleh berhimpun, tak boleh membangkang kerajaan , fikirlah....
·
· +3
·
·
...written by tan, August 04, 2009
just change your name to Utusan Umno
Ulasan Aku: Tak buat salah nak takut apa. Pihak polis pun bukannya bodoh dan mereka pun bukan buat kerja pakai tangkap muat aje.
·

No comments: