SAHABAT BLOG

04 August 2009

sUSAH dIAJAK bERUNDING, pUAK dIA JE yANG BETUL

Apa nak jadi dengan bangsa ku. Pemimpin yang berebut kuasa dan ingin menunjukkan bahawa mereka yang betul, pengikut pulak yang bergaduh. Pemimpin kedua-dua belah pihak samada di Pihak BN dan juga PR sebenarnya sudah dikongkong. Mereka hanya mampu berbuat apa yang dipersetujui oleh para pengokong mereka. Jika tidak pihak-pihak yang mengokong mereka akan berpaling tadah bila-bila masa. Bila ini berlaku, maka mereka juga yang rugi. Rakyat pulak terdiri daripada mereka yang cerdik dan yang bodoh.



Ada antara mereka sering membawa hujah-hujah pemimpin mereka untuk berdebat sedangkan mereka sebenarnya tidak mengetahui dengan lebih lanjut akan kebenaran apa yang dihujahkan oleh pemimpin mereka. Mata mereka, telinga dan hati mereka telah dibuta, dituli dan diliputi oleh pendapat dan hujah-hujah para pemimpin mereka. Maka tidak hairanlah apabila kita berdebat dengan mereka, kita akan dapati bahawa hujah para penyokong di Perlis sama sahaja dengan hujah para penyokong di Johor. begitu juga dengan Hujah para penyokong di Melaka dan Terengganu, sama sahaja. Hujah-hujah mereka itu kebiasaannya dikutip daripada ceramah-ceramah para pemimpin mereka.



Aku berani confirm bahawa ramai antara mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka cakapkan itu samada benar atau tidak. Mereka percaya bulat-bulat apa yang dihujahkan oleh para pemimpin mereka. Akhirnya, apabila mata-telinga dan hati mereka telah diselimuti, mereka tidak dapat lagi menerima sesuatu hujah lain selain hujah para pemimpin mereka. mereka sudah tidak mahu lagi membuka mata, memasang telinga dan mencuci hati mereka untuk membuat penilaian mana satu yang benar yang mana satu yang tidak benar. jadilah mereka seperti kerbau yang telah dicucuk hidungnya atau seperti ayam-ayam dipasar yang tunggu masa nak disembelih.



Inilah perangai dan juga akidah kebanyakan anak muda Melayu kita sekarang ini. Berbeza dengan anak muda kaum lain. Mereka cerdik dan berakal. Mereka tidak menyokong membuta tuli. Mereka masih waras untuk membuat penilaian dan mereka kebanyakannya membiarkan para pemimpin mereka yang membuat penilaian untuk mereka. dari itu kita dapat lihat, apabila ada sesuatu isu, para pemimpin mereka bersatu hati dan pengikut mereka juga turut bersatu dalam memperjuangkan sesuatu yang pemimpin mereka telah bersetuju bersama. jarang sangat kita lihat para pemimpin kaum lain yang berselisih faham apabila menyentuh kepentingan kaum mereka terutama agama mereka. Bagi orang melayu jauh sekali. Jika pemimpin bersepakat sekali pun, belum tentu pengikut akan berpakat, malah mereka akan membuang pemimpin berkenaan dari kumpulan mereka. kita boleh memberi contoh kepada cadangan pembetukan kerajaan perpaduan. Mereka sanggup mencemoh pemimpin sendiri kerana ada pemimpin mereka yang tidak bersetuju. Akhirnya apa yang dicadangkan yang mungkin akan membawa kebaikan, terkubur begitu sahaja.

No comments: