SAHABAT BLOG

11 October 2010

Dr. Wan Azizah menarik diri??

Bulan Syawal telah berlalu pergi. Di dalam bulan Syawal ini juga kita telah dihidangkan dengan kekecohan pemilihan jawatan di dalam PKR. Aku tidak berapa tahu struktur PKR. walaupun beberapa cabang sahaja yang terlibat, tetapi ianya mencerminkan bahawa perebutan kuasa tetap berlaku di dalam mana-mana parti politik. Perbezaan dan pergaduhan ini disebabkan kempen-kempen serta lobi-melobi yang dijalankan.Namun konsep pemilihan pemimpin yang cuba diamalkan amat baik tetapi perlu diperkemaskan lagi. Konsep mereka berbeza daripada konsep UMNO. Semua ahli PKR boleh mengundi untuk memilih pemimpin peringkat cabang. AKu tidak tahu, adakah di peringkat pusat mereka akan menggunakan konsep yang sama. Kalau mereka menggunakan konsep yang sama, maka politik wang boleh dielakkan. Bagi parti yang tidak ramai ahli, bolehlah mengamalkan kaedah sedemikian. Ulasan aku terhadap pemilihan PKR seperti di bawah.


Pemilihan PKR November nanti akan menyebabkan ramai insan-insan yang bakal kecewa. Jika lambat dipulihkan kembali dan dipujuk kembali, mereka yang kecewa ini akan memperlahankan aktiviti dan sokongan mereka kepada PKR. Mereka akan mencari tapak-tapak baru, terutama NGO-NGO ataupun parti baru. Bagi pemimpin Melayu, mereka akan kembali kepada UMNO ataupun menggunakan paltform seperti PERKASA untuk mengembalikan populariti mereka. Kalau ada rezeki, mereka akan dilantik menjadi calon di dalam PRU 13 nanti. Oleh itu, pemimpin PKR yang menang perlu memainkan peranan mereka untuk mengembalikan semangat mereka yang kecewa. Rizabkan beberapa jawatan penting untuk diberikan kepada calon-calon berpengaruh yang kalah.

PERKASA tidak akan menjadi sebuah parti politik. Mereka kekal sebagai sebuah NGO. Namun demikian, di dalam PRU 13 nanti, para pemimpin mereka akan bertanding sebagai calon bebas. Mereka akan bertanding, terutamanya di kawasan-kawasan yang majority Melayu tetapi BN meletakkan calon dari MCA atau MIC sebagai calon. Harapan untuk memang 50-50 dengan syarat PR tidak meletakkan calon Melayu

DSAI mungkin dipenjarakan semula. Ini menyukarkan PKR untuk kembali pulih. Azmin menang Timbalan Presiden mengalahkan Khalid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub. Zaid Ibrahim pula akan menawar diri bertanding jawatan Presiden. Nurul Izzah akan memenangi salah satu jawatan kerusi Naib Presiden.. Kalid Ibrahim yang kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden akan kehilangan jawatan MB. Azmin Ali dijangka akan mengambil alih jawatan MB. Dr. Wan Azizah mempertahankan jawatan Presiden tetapi akan menarik diri di saat akhir bagi memberi laluan kepada Zaid Ibrahim. Tindakan ini dilakukan bagi tujuan memberikan jawatan Presiden kepada mereka yang mampu untuk menyelamatkan PKR.

Harapan PR untuk ke Putrajaya dimusnahkan oleh PKR. Tinggallah PAS dan DAP yang berjuang bersama-sama untuk Putrajaya. Semua di atas adalah ramalan yang dijangka berlaku.Nak percaya atau tidak terpulang kepada masing-masing.

No comments: