SAHABAT BLOG

06 November 2008

2 X 5 = kATA dULANG

MB kekalkan isteri Najib di Unisel biar Pemuda bantah
Abdul Rahim Sabri Nov 5, 08 9:13pm
kemaskini 10:17pm

Kira-kira 20 orang termasuk tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat menghantar surat bantahan kepada menteri besar Selangor agar menggugurkan isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).Mereka dipimpin oleh naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, setiausaha DAP negeri Lau Weng San dan exco penerangan Pemuda PAS negeri Mohd Sany Hamzan.
Kumpulan itu menaikkan kain rentang "Rosmah Out" dan "Unisel gedung ilmu, bukan gedung beli-belah. Rosmah boleh blah" sewaktu menyerahkan surat itu kepada setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di bangunan SUK, Shah Alam jam 3 petang.Dalam surat bantahan itu, mereka mendakwa Rosmah Mansor "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."Selain Khairul Anuar, yang juga ketua AMK Selangor, dan Lau, surat itu ditandatangani oleh ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mukhyi.Universiti milik penuh kerajaan negeri itu melantik isteri Najib sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.
Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar.Dalam sidang media sebelum penyerahan surat kepada Nik Nazmi Nik Ahmad, wakil DAP itu berkata rekod pendidikan Rosmah dalam bidang sains "tidak mencukupi" untuk menjadi canselor universiti berbanding rakan-rakan sejawatannya di institusi-institusi pengajian tinggi negara ini.Khairul Anuar pula berkata Pakatan Rakyat mempunyai tokoh-tokoh intelektual yang mampu mengetuai Unisel seperti timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy.
Mohd Sany menyifatkan pelantikan Rosmah oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo "satu kesilapan" kerana ia didasarkan pada penilaian bahawa Rosmah isteri timbalan perdana menteri.Sementara itu, kerajaan Selangor tidak bercadang menggugurkan Rosmah di Unisel seperti desakan Pemuda Pakatan Rakyat, kata Abdul Khalid selepas mesyuarat exco kerajaan negeri petang tadi.Menurut Bernama, ia masih mengekalkan keputusan lembaga pengarah Unisel yang melantik isteri Najib sebagai canselor institusi pengajian tinggi berkenaan. Menteri besar itu menambah, beliau akan mengumumkan jika ada sebarang perubahan mengenai pelantikan itu.
Ulasan Aku;
Nampaknya PR pun sama je macam UMNO. Semua perkara hendak dikaitkan dengan keputusan politik. Rosmah Mansor bukan baru dilantik, tetapi dah lama dilantik sejak 2006, tetapi kenapa baru sekarang bising dan mendakwa Rosmah bukan orang yang berilmu dalam bidang sains. Dulu kenapa tidak bantah, tetapi dibantah. Apabila telah berkuasa, mereka nak guna kuasa mereka supaya semua perkara boleh dikaitkan dengan keputusan politik. Itu pasal aku cakap 2 X 5 dan kata dulang. Tak ke kecik hati Canselor-canselor Universiti yang lain yang mungkin bukan pemegang PHD. Apalah dia orang ni...

No comments: