SAHABAT BLOG

16 July 2008

sATU nEGARA dUA mATAWANG

Bagi mengatasi masalah inflasi, beberapa langkah radikal hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan. Inflasi menyebabkan kuasa beli rakyat semakin berkurangan. Ini bermakna nilai duit kita yang ada sekarang ini menjadi semakin rendah. Jika dahulu kita hanya perlu membawa 1 keping duit RM1.00 untuk mendapatkan gula sekilo tetapi sekarang ini kita terpaksa membawa dua keping duit RM2.00 untuk mendapatkan sekilo gula. Itu belum cukup, kena bawa duit syiling sebanyak RM0.45 sen lagi.

Jelas bahawa nilai duit kita semakin merosot disebabkan kenaikan harga barang. Harga barang perlu dinaikkan kerana kenaikan dalam kos pengeluaran barang berkenaan disebabkan kenaikan dalam harga tenaga seperti minyak dan tenaga elektrik. Ekorang itu kerajaan terpaksan mencetak duit dengan lebih banyak lagi bagi mengimbangi permintaan. Akhirnya jadilah Negara kita seperti sesetengah Negara di Afrika, dimana sebakul duit diperlukan hanya untuk membeli sekilo beras. Adakah ini yang akan kita hadapi nanti dan adakah kita sanggup?

Saya berpendapat sudah sampai masanya kerajaan memikirkan untuk melakukan satu langkah yang mungkin terlalu drastic dan tidak pernah dilaksanakan dimana-mana Negara. Apakah langkah tersebut?

1. Kerajaan mengeluarkan satu lagi matawang rasmi Negara disamping RM. Ini bermakna rakyat akan mempunyai pilihan untuk menggunakan dua matawang dalam perbelanjaan mereka.

2. Matawang kedua ini hendaklah ditambatkan kepada Ringgit Malaysia. Nilai matangwang ini hendaklah lebih tinggi daripada Ringgti Malaysia. Contohnya kita namakan matawang itu sebagai Pitis Malaysia ( PM ) . PM1.00 bersamaan dengan RM2.00.


3. Apabila rakyat hendak membeli dengan menggunakan PM, mereka hanya perlu membawa PM1.00 untuk membayar sekilo gula.

4. Bagaimana untuk menentukan nilai pitis ini? Tentu agak sukar untuk memberi nilai kepada sekeping kertas. Bagi memberi nilai kepada pitis ini, ianya hendaklah dicagarkan dengan RM. Ini bermakna jika kita mempunyai sebanyak RM4.00 dalam simpanan, maka kita boleh menukarnya dengan PM2.00.

5. Bagi menentukan banyak mana kerajaan perlu mencetak Pitis Malaysia, terpulang kepada banyak mana nilai RM yang kerajaan miliki. Di samping itu juga kerajaan juga boleh pada bila-bila masa menentukan nilai PM ini ditambat dengan RM..

6. Gaji anggota kakitangan awam boleh dibayar dalam PM.

7. Barang-barang dikedai boleh dibuat dalam dua harga iaitu satu harga dalam PM dan satu lagi harga dalam RM.

8. PM ini tidak boleh diniagakan diluar Negara tetapi hanya bernilai dalam Negara sahaja. Duit kita yang bernilai di luar Negara ialah RM.

9. Jika pelancong hendak datang ke Malaysia, mereka mempunyai pilihan hendak menggunakan RM atau PM. Jika mereka hendak menggunakan RM, mereka hanya perlu membuat pertukaran dari duit asing kepada RM. Tetapi jika mereka hendak menggunakan PM, mereka perlu menukarkannya kepada PM yang ditambat kepada nilai RM.

10. Bila kita membuat urusniaga dengan Negara luar seperti import dan eksport, kita akan menukarkan PM kepada USD dengan ditambat dengan nilai RM. Ini bermakna jika hendak membeli barang di Singapore yang berharga USD1.00 bermakna kita perlu mempunyai RM3.20 ataupun kita perlu mempunyai PM1.10 sahaja. Jadi disini kita boleh lihat bahawa nilai PM kita hampir sama dengan nilai USD.

11. Penggunaan dua matawang di sempadan bukan perkara asing. Seperti di Sempadan Thailand, atau Singapura, tetapi kita tidak boleh mengawal nilai matawang kedua tersebut disebabkan matawang itu bukan kita yang punya.

Saya percaya jika kita mempunyai matawang kedua, kita boleh berikan subsidi wang tunai kepada rakyat kita untuk berbelanja menggunakan wang kedua tersebut. Apa nak risau kerana wang itu kita yang punya dan ianya tidak laku di luar Negara kita.

No comments: