SAHABAT BLOG

11 July 2008

pRODUK kELUARAN oRANG ISLAM

Sekarang ini kita dapati begitu banyak barang-barang makanan yang dijual dimerata tempat yang mempunyai tanda halal. Tanda halal ini adalah untuk kegunaan orang Islam sahaja kerana agama lain tidak memerlukannya. Berbagai bentuk tanda halal yang dapat kita temui yang bukan sahaja dikeluarkan oleh JAKIM bahkan oleh Negara-negara yang bukan Islam seperti Negara jiran kita.

Persoalannya disini :
1. Adakah tanda halal yang dikeluarkan itu adalah tanda halal yang betul-betul tulen dan dikekuarkan oleh JAKIM atau badan yang selayaknya memberikan status halal di Negara jiran kita.

2. Bagaimanakah sesuatu barang makanan itu dikategorikan halal sedangkan ianya diusahakan oleh mereka yang tidak tahu hukum halal haram sesuatu makanan dan mempunyai pekerja yang bukan Islam.

3. Adakah pegawai yang mengetahui hukum halal haram beragama Islam memantau pada setiap masa keluaran barang makanan tersebut sepertimana tugas yang dimainkan oleh QM.

Oleh yang demikian saya mencadangkan:

1. Setiap barang makanan yang dikeluarkan oleh syarikat orang Islam hendaklah dinyatakan dengan jelas bahawa itu merupakan produk hasil keluaran orang islam supaya orang Islam lebih selesa dan berkeyuakinan untuk memhelinya.

2. Setiap kilang yang mengusahakan keluaran barang makanan hendaklah mempunyai pegawai khas yang memantau kehalalan sesuatu produk mereka kerana kalau hendak harapkan JAKIM pasti pusingan kerja mereka terlalau ketat dan kadang kala mereka henya bertindak atas maklumat orang ramai.

3. Mewujudkan label khas seperti label halal JAKIM bagi menyatakan sesuatu produk itu produk keluaran orang Islam ataupun pengusahanya orang Islam.

Saya percaya apabila telah dibuat Label Khas barangan keluaran orang Islam ini disamping label halal, ianya akan lebih memberi jaminan dan keyakinan kepada orang Islam untuk menggunakan produk tanpa was-was.

Jika ianya diamalkan, ianya tidak bermakna akan mendatangkan implikasi kepada keluaran bukan Islam ataupun merendah-rendahkan JAKIM, tetapi sebagai seorang Islam dan begitu juga orang Islam yang lain, sudah semestinya akan berusaha untuk mempastikan setiap apa yang dimakan itu dengan penuh keyakinan kehalalannya, kerana kita dapati bahawa bukan sedikit cerita-cerita yang kita dengar berkenaan penipuan sijil halal JAKIM.

Saya percaya, sebagai seorang pengusaha Islam, kalau mengambil kira pegangan agama mereka tentu mereka tidak tergamak untuk mencampurkan sesuatu yang tidak halal dalam keluaran mereka kerana mereka pun dipantau oleh JAKIM.

No comments: