SAHABAT BLOG

23 July 2008

pEKERJA aSING

Masalah pekerja asing dinegara kita ini sering diperkatakan oleh banyak pihak pihak. Banyak pihak yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap kebanjiran keperja asing di negara kita ini seolah-olah ianya tidak dapat dikawal lagi. Apa pihak yang menyatakan jumlah pekerja asing di negara kita ini telah menjangkau 3 juta orang yang terdiri daripada pekerja yang mempunyai permit kerja dan juga pekerja yang tidak mempunyai permit kerja.

Kebanjiran pekerja asing yang tidak terkawal ini telah semakin merebut hak-hak warga negara. Saya bukan bercakap soal hak yang mempunyai peraturan seperti hak memiliki tanah, rumah kediaman, kenderaan ataupun hak-hak lain yang dijamin untuk warganegara. Tetapi saya memperkatakan hak-hak yang boleh diakses secara percuma seperti saya senaraikan di bawah:

1. Hak untuk menaiki kenderaan awam. Sekarang ini kenderaan awam-awam seperti LRT, RapidKl, Teksi dan sebagainya telah dikuasai oleh kebanyakan pendatang asing. Boleh dikatakan pekerja-pekerja asing ini seolah-olah tidak sedar diri bahawa mereka telah merebut hak warganegara. Kadangkadang dalam perebutan ini, yang banyak mengalah adalah warnagerara melayu yang terkenal dengan sifat pemurah dan sopan santunnya.

2. Hak untuk jaminan keselamatan. Semakin hari semakin terhakis jaminan keselamatan warganegara disebabkan kelakuan jenayah yang dilakukan oleh segelingir pekerja asing. Jaminan keselamatan ini amat penting kepada warganegara untuk menjalani kehidupan seharian tanpa rasa terancam. Tetapi semenjak akhir-akhir ini dikebanyakkan tempat sudah tidak terjamin akan keselamatannya. Ada sahaja gangguan-gangguan kecil ataupun gangguan yang berunsur jenayah yang dilakukan oleh warga asing. Semua ini menyebabkan warganegara sudah tidak dpat hidup dengan senang dan aman lagi.
3. Hak untuk mendapatkan pekerjaan. Sekarang ini kita dapat lihat dimana-mana sahaja terdapat pekerja-pekerja asing dalam semua lapangan pekerjaan pemburuhan. Tukang cuci kereta, tukang sapu, pelayan restorant, pembantu rumah, pekerja ladang-ladang dan banyak lagi. Boleh dikatakan semuanya teklah dikuasai oleh pekerja asing. Semuanya ini secara langsung telah merebut peluang-peluang pekerjaan warganegara. Kemana perginya warganegara kita yang tidak berkelulusan mencari rezeki jika semua peluang pekerja yang sepatutnya diperuntukkan kepada mereka telah dikuasai oleh warganegara asing.
4. Hak untuk menempati tempat-tempat riadah. Saya fokuskan kepada tempat riadah di KLCC. Boleh dikatakan saban minggu dan setiap masa hari cuti tempat-tempat riadah di KLCC telah dikuasai oleh warganegara asing. Kebanyakkan daripada mereka ini telah menguasai dikebanyakan tempat yang sepatutnya diperuntukkan kepada warganegara.
Jika nak disebut di sini, banyak lagi hak-hak peribumi yang sudah diragut samada secara sah dan tidak sah, yang halal dan tidak halal. Adakah kerajaan kita tidak melakukan usaha untuk mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing ke negara kita ini. Jika hendak dihitung usaha yang dilakukan, rasanya sudah banyak usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Namun demikan kenapa semakin hari semakin ramai muka-muka asing yang menghias diceruk mana dan dipenjuru negara yang tercinta ini. Kenapa ini masih berlaku.
Aku masih ingat pelajaran sejarah yang diajar oleh guruku, kalau aku tidak silap, katanya pada zaman dahulu sebelum merdeka, warganegara cina dan India telah dibawa masuk secara sah oleh British ke Tanah Melayu untuk bekerja di Lombong dan Ladang-ladang. Keadaannya hampir sama seperti sekarang ini dimana buruh-buruh asing dibawa masuk ke dalam negara untuk bekerja di pelbagai sektor. Sekarang ini dimanakah kedudukan bangsa Cina dan India di Negara kita yang tercinta ini. Bukan disajikan untuk mengungkit, tetapi sebagai satu langkah membuka kembali lembaran sejarah supaya yang baik itu dijadikan pelajaran dana mana yang tidak baik itu dijadikan pengajaran.
Tetapi nampaknya pengajaran masih belum menjelma di benak warganegara kita. Adakah sejarah akan berulang kembali dimana cicit cuit kita nanti akan berkongsi kedudukan dan berkongsi segala-galanya dengan cicit cuit warganegara asing yang ada sekarang ini. Adakah 50 tahun akan datang, seorang warga asing akan menjadi pemimpin kita sebagaimana terjadi sekarang ini. Kalau dahulu, para pemimpin kita terpaksa menerima kemasukan buruh-buruh asing disebabkan kita tidak punya kuasa tetapi sekarang ini diketika kita berkuasa, kenapakah masih lagi diamalkan perkara yang tidak pernah datuk nenek kita persetujui dahulu.
Dalam soal ini, pemimpin kita perlu melakukan satu pengorbanan yang besar. Bukan sahaja para pemimpin, tetapi sebilangan rakyat yang mendapat faedah daripada warganegara asing ini perlu melakukan pengorbanan yang cukup besar.
Pertamanya para pemimpin kita perlu mempastikan warganegara asing yang berada dibumi kita ini yang datang secara tidak sah hendaklah diperang habis-habisan. Satu tindakan penyaringan hendaklah dilakukan supaya tidak ada walau seorang penduduk pun yang menghuni bumi Malaysia ini tidak diperiksa. Gerakkan segala jentera yang ada termasuk tentera untuk melaksanakan tindakan penyaringan ini.
Langkah kedua ialah memberikan satu tempoh kepada majikan-majkan yang mengaji pekerja asing supaya mempastikan mereka hanya mempunyai 10% sahaja pekerja asing manakala selebihnya hendaklah diisi oleh pekerja tempatan.Bagi menarik minat pekerja tempatan bekerja di sektor 3D, maka penetapan gaji minimum hendaklah dikuatkuasakan. Setiap majikan yang melanggar arahan dan denda hendak dikenakan tindakan tegas dengan hukuman yang lebih berat dikenakan seperti disita perniagaannya.
Semuanya ini boleh dilaksanakan dibawah satu tajuk iaitu PENGORBANAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG. Jika tidak dilakukan pengorbanan daripada sekarang ini, maka yang menerima nasib malang adalah anak cucu cuit kita di masa yang akan datang.

No comments: