SAHABAT BLOG

02 October 2013

Punca Kenapa Mukhriz Bakal Tidak Terpilih.

Aku naksentuh sedikit pasal pemilihan UMNO yang akan diadakan dalam bulan ini. Pemilihan sayap iaitu wanita, pemuda dan puteri akan diadakan kalau tak silap aku ialah pada 12 Oktober dan pemilihan pemimpin-pemimpin utama ialah pada 19 Oktober. Maknanya tak lama lagilah tuh...

Dengar ceritanya calon-calon yang mengambil bahagian disekat dengan pelbagai cara dan kaedah supaya mereka langsung tidak mengeluarkan wang walau satu sen pun untuk tujuan berkempen. Maknanya nak belanja minum kopi pun tak boleh. Harap aku silap kerana kalau betul, ini adalah satu perbuatan zalim dan tidak masuk akal. Sepatutnya calon-calon ini diberikan had ataupun jumlah tertentuu sebagai modal untuk mereka berkempen. Kala terbukti mereka menggunakan wang melebihi jumlah yang dibenarkan, maka bolehlah disabitkan mereka ini melanggar peraturan. Sekurang-kurang calon-calon ini diberi peluang samada atas usaha mereka sendiri ataupun pihak-pihak lain untuk mereka menyatakan Visi dan Misi mereka. Kalau tidak, sudah tentu calon-calon yang ada jawatan dalam kerajaan seperti mentei atau timbalan menteri mempunyai kelebihan bebanding calon yang tak ada jawatan di dalam kerajaan.


Di ketika Pak Menteri boleh berkunjung ke sana sini dan boleh muncul di TV, terlompong dan berputih mata.  Pak menteri boleh menyelit dalam mana-mana pogram walaupun program untuk kaum hawa. Peduli apa asalkan dapat undi. Bagi calon-calon lain pula, apalah ikhtiar yang mereka ada. Sebagai orang melayu, walaupun sebagai orang luar, aku menyokong setiap langkah yang diambil oleh UMNO untuk memilih pemimpin. Tetapi dengan kaedah yang bakal digunakan, aku harapkan agar ianya diperbaiki lagi supauya pemimpin yang dipilih nanti bukan sahaja popular tetapi yang penting berkualiti dan berkredibiliti.

Satu sikap orang melayu yang ternyata menjadi penyumbang utama kelemahan dan ketidakdaya saing bangsa melayu ialah kelemahan mereka untuk memilih pemimpin. Orang melayu ini lebih suka memilih pemimpin yang popular, yang kaya, yang ada legasi dan sebagainya yang bukannya bersandarkan kepada kualiti. Kebanyakkan pemimpin yang popular ini bukannya berkualiti. Mereka ini popular kerana sebab-sebab tertentu samada kebijaksanaan mereka bermain lidah ataupun kekayaan keturunan mereka. Sebagai pembuat keputusan akhir ataupun penentu jatuh bangunnya nasib bangsa, kita memerlukan pemimpin yang bukan sahaja popular tetapi juga berkualiti dan kredebiliti. Popular itu penting sebagai modal ntuk meraih undi, tetapi yang paling penting adalah kredibiliti dan kualiti dalam membuat keputusan dan perhitungan.

Berbalik kepada pemilihan UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi. Fokus utama sudah tentu terarah kepada persaingan bagi merebut jawatan Vice-President. Tidak penyandang bakal dicabar oleh tiga calon. Kalau ikut saya punya pendapat, diantara ke enam-enam calon yang bertanding ini, calon yang paling layak untuk dipilih ialah Zahid Hamidi. Beliau bukan sahaja popular tetapi berkredibiliti dan berkualiti. Beliau boleh berani membat keputusan. Pemimpin yang kedua layak untuk jawatan Naib Presiden ialah Mukhriz Mahathir. Aku memilih belia atau tiga faktor, pertama beliau masih muda dan popular. Beliau juga berani dan tidak teragak-agak membuat keputusan. Dari segi kualiti kepimpinan, beliau belum ada track rekod kerana beliau masih kamerpernah mengetuai apa-apa sebelum ini.

Masalah yang mungkin timbul berkenaan Mukriz ini ialah kepopularan beliau itu dilihat sebagai ancaman kepada pemimpin sedia ada terutama penyandang Naib Presiden sedia ada. Kegusaran penyandang dapat dilihat apabila ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden iaitu Zahid, Hisham dan Shafie saling berganding bahu dan tolong menolong antara satu sama lain seolah-olah mereka berada di dalam satu pasuukan.

Semasa pemilihan Jawatan Ketua Pemuda yang lalu, Mukhriz juga telah terlebih popular dan akhirnya beliau telah kecundang tanpa disangka-sangka. Firasat aku menyatakan bahawa ada pihak yang cukup bimbang kemaraan Mukhriz. Pihak yang merasakan bahawa Mukhriz ini bakal menjadi penghalang bagi cita-cita beliau untuk menjadi PM suatu masa akan datang. Perkara ini cukup disedari oleh Tun Mahathir, tetapi isunya, mampukah beliau membantu Mukhriz dan pasukan kempen beliau menangani semua cabaran yang bakal ditempohi.

Jika aku diberi peluang untuk memilih Naib Presiden UMNO, akan ku pilih nama-nama berikut sebagai Naib Presiden UMNO bagi pemilihan yang akan datang ini.

1. Ahmad Zahid bin Hamidi
2. Mukhriz bin Mahathir
3. Mohd Shafiee bin Afdal







No comments: