SAHABAT BLOG

29 September 2013

Runtuh Lagi!!!!

Adakah Semua projek pembinaan bangunan era Idris Jusoh dan Mat Said berisiko untuk runtuh?  Bukan sekali tetapi banyak kali dah berlaku dimana keruntuhan berlaku. Stakat ni Alhamdulillah takdok lagi kehilangan nyawa. Aku tak ada senarai berapa banyak bangunan terutama masjid yang dibina era Idris dulu.
Tapi aku percaya banyak jugalah terutama masjid-masjid baru.

Kalau kita renung-renungkan kembali. Suatu ketika dahulu, Tranung begitu berbangga dengan jumlah masjid yang dibina. Pada akulah, bina masjdi ni suatu kerja yang sangat baik. Tapi boleh ke kita bangga-bangga atau banding-bandingkan dengan negeri lain. Tapi kalau berjaya menyeru dan berjaya membuat rakyat menghadiri sembahyang Subuh berjemaah di masjid sepertimana sembahyang jumaat (dari segi jumlahnya) , ianya satu sejarah dan akan dikenang sampai bila-bila.



Di kampung isteri aku, ada sebuah masjid yang dibina semasa zaman Idris Jusoh dan siap pada zaman Mat Said kalau aku tak silaplah. Kalau dilihat senibinanya, kelihatan macam kukuh dan selamat. Isunya, ianya dibina pada zaman Idris atau Mat Said. Aku tak berapa cakna,zaman siapa.Bimbang juga  bila-bila  masa sahaja incident keruntuhan tiba-tiba boleh berlaku.

Kalau disenaraikan kejadian binaan runtuh di Tranung, banyak jugaklah. Di bawah ini senarai keruntuhan dan kerosakan bangunan dan binaan sejak 2008. Ada tambahan lagi iaitu Syiling Masjid Kg Tebauk. Senarai ni aku ambil dari blog malaysiaberih. Aku harap senarai  ni tak berapa betul kerana banyak sangat dan lagipun ianya disenaraikan oleh blog pembangkang. Tapi kalau betul, betullah gesaan aku supaya ditubuhkan Suruhan Diraja untuk menyiasat. Siasat siapa kontraktor yang terlibat, siapa jurutera, siapa arkitek, ketua jabatanya, siapa menteri besarnya. Mungkin hasilnya nanti sesuatu yang mengejutkan.

Senarai keruntuhan dan kerosakan bangunan dan binaan di tranung sejak 2008.

Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh    : 12 April 2008
Harga    : RM 2 juta

2.    Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh    : 2 Jun 2008
Harga    : RM292 juta
Punca    : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3.    Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga :  RM 18 juta

4.    Siling  Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga  : (Terminal ) RM123 juta

5.    Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh    : 15 Mac 2009

6.    Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh    :  6 Ogos 2009.
Harga    : RM15 juta

7.    Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh    : 3 Oktober 2009
Harga    : RM 2.1 Juta

8.    Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh    : 21 Disember 2009
Harga    : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju    : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca    : Tiada pemantauan semasa

9.    Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh    : 29 Mac 2010.

10. Pondok rehat di kawasan landskap Pasar Besar Kedai Payang 
Tarikh; 9 Januari, 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina

11. Astaka Dalam Pembinaan di Besut
Tarikh; 21 Jun, 2012

12. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh; 19 Julai, 2012

13.Tangki Air Sekolah Menengah Paka
Tarikh; 24 Julai, 2012

14. Sengkuap bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh; 30 Disember, 2012

15. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih tarikh; 20 Februari 2013

16. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh; 20 Mei, 2013
Harga; RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah;

1.    Binjai Souq
 2.    Bazaar Warisan
2.    Masjid Kristal Tarikh : 22 November, 2008
3.    Masji Kg Lingai Tarikh : 4 November 2009 Harga : RM3 juta
4.   Taman Tamadun Islam – Stor Dewan runtuh pada Julai 2010 
5.    Masjid An Naim Dungun
6.    Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga; RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulih
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar Baru Kedai Buluh
8. Pasar Baru Manir
9.    Dewan Serbaguna dan Masjid di KETENGAH
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil
11. Pagar padang sintetik KampungTok Jiring, beluam dirasmikan runtuh dipukul ribut pada 2 Mei, 2013.


No comments: