SAHABAT BLOG

03 September 2013

Hadiah Ulangtahun Kemerdekaan ke 56.. Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Malam ni, isu paling hangat yang dibincangkan oleh rakyat termasuklah aku dan kawan-kawan adalah berkenaan kenaikan harga minyak petro RON95 dan diesel. RON95 akan menokok sebanyak RM0.20 bermula 10 minit dari sekarang iaitu tepat jam 12.00 ini. Dalam masa yang sama juga kerajaan akan menaikkan kadar BR1M yang akan diumumkan dalam bajet 2014 nanti.

Apa yang aku faham daripada pengumuman kenaikan harga petro ini ialah, pemotongan subsidi minyak sebanyak 20 sen itu bertujuan untuk menampung kenaikan pemberian BR1M nanti. Dalam erti  kata yang lebih mudah, kerajaan  mengambil duit dari rakyat untuk diagihkan kembali kepada rakyat. konsep ini samalah seperti konsep cukai. Cuma dalam isu cukai, mereka yang membayar cukai adalah orang-orang yang kaya ataupun yang layak sahaja, tetapi dalam isu penarikan  subsidi ini,semua rakyat terlibat. Tak kira golongan miskin ataupun golongan kaya kerana penggunaan petro ini mengcakupi semua golongan.

 Aku bukan pandai sangat dalam hal ekonomi ini, tetapi kalaulah  kerajaan menaikkan harga minyak ini bertujuan menjimatkan pemberian subsidi dan dengan hasil penjimatan tersebut boleh diagihkan kembali kepada rakyat miskin melalui BR1M, aku fikir tindakan kerajaan ini tidak tepat dan kurang bijak.

Sepatutnya kerajaan berikhtiar bagaimana hendak mengutip lebih banyak duit dari orang yang kaya raya, businessman, business woman, dan sebagainya untuk diagihkan kepada orang miskin. Salah satu caranya dengan menaikkan kadar cukai perniagaan dan juga cukai individu. Ya, aku pun pasti terlibat sama kerana aku juga seorang pembayar cukai. Namun aku bukan kisah sangat kerana aku tahu bahawa kenaikan kos hidup akibat kenaikan minyak yang aku kena tanggung mungkin lebih besar jumlahnya daripada kenaikan cukai tersebut.

Kenaikan harga minyak sudah tentu akan diikuti dengan kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang sudah tentu akan meningkatkan kos sara hidup rakyat. Pemberian BR1M bukannya pemberian bulanan,  tetapi satu tahun sekali. Adalah lebih baik kiranya duit yang digunakan untuk pemb erian BR1M itu digunakan oleh kerajaan untuk menjana pendapatan dan hasil daripada penjanaan tersebut bolehlah diagihkan kepada rakyat secara tetap.

Dalam hal kenaikan harga barang, kenaikan kadar cukai pendapatan dan cukai perniagaan tidak akan menaikan harga barang. Para peniaga tidak boleh menjadikan alasan kenaikan cukai untuk menaikkan harga barang mereka. Jadi adalah kurang risiko dan bebanan kepada rakyat apabila kerajaan menaikkan kadar cukai berbanding kenaikan harga petro.

Aku pun tak tahulah siapa yang menjadi penasihat kepada kerajaan dalam hal kenaikan harga minyak ini. Walau sebijak mana beliau, aku fikir keputusan mereka untuk menaikan harga minyak dengan tujuan untuk mendapatkan lebihan duit untuk diagihkan kepada rakyat dalam bentuk BR1M adalah satu keputusan yang langsung tidak bijak dan tergesa-gesa. Aku percaya keputusan ini bakal menyusahkan rakyat walaupun niat mereka untuk membantu rakyat.

2 comments:

Wak Labu said...

Wak setuju dengan Puterarahman bahawe 20 sen tu bukang nye kenaikan petrol dan diesel, tapi ianye cume pengurangan subsidi kerajaan aje.

Tapi malang nye pare peniage pasti akan anggap nye sebagai kenaikan dan bukan nye pengurangan subsidi. Di sini lah mereke ambil sempatan untuk menaikan harge barang2 keperluan harian dengan alasan penambahan kos pengangkutan.

Gulungan pertengahan yang berkeluarga besar pasti akan menerime kesan buruk nye.........

Anonymous said...

Kenyataan "kenaikan kadar cukai pendapatan dan cukai perniagaan tidak akan menaikan harga barang" adalah tidak tepat.

Saya biasa berkerja di sebuah Syarikat Antarabangsa terlibat dalam bahagian jualan.

Formula "costing" dan menetap harga barang jualan tetap akan berubah mengikut kadar cukai "sir tax" dan "sales tax" oleh kerajaan.Bererti apabila kenaikan cukai di kenakan kepada peniaga maka peniaga terpaksa naikkan harga jualan.Maka pengguna tetap kena bayar dengan harga yang mahal dan peniaga tidak pernah akan terjejas dan rugi sebenarnya.