SAHABAT BLOG

21 July 2013

Rayuan PAS untuk hukuman terhadap Ibrahim dan Zulkifli keterlaluan.

Aku ada terbaca dalam harakah yang mengesa kerajaan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin kerana dianggap menghina agama lain. Gesaan mereka ini disebabkan mereka geram kerana kenapa penghinaan terhadap islam sahaja yang diambil tindakan tetapi tidak terhadap orang Islam yang menghina agama lain. Ini merujuk kepada penahanan pasangan bloger seks No.1 negara iaitu Alvin dan Vivian. Aku tak tahu siapa yang tulis berita tersebut, tetapi kalau ianya disiarkan dalam harakah bermakna sudah tentu disokong oleh PAS dan berkemungkinan besar ditulis oleh penyokong PAS atau pemimpin PAS.

Dalam sejarah penghinaan agama selain Islam ini, hukuman yan paling berat pernah diterima ialah oleh Nabi Allah Ibrahim Alaihisallam. Baginda telah dibakar hidup-hidup kerana telah menghina agama kaum beliau. Beliau telah memecahkan patung sembahan kaumnya dan meletakkan kapak yang digunakan untuk memecahkan patung itu pada tangan patung yang paling besar. Akibat perbuatan baginda tersebut, maka baginda telah dijatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup.

Baiklah jika puak-puak PAS yang menyokong Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin dikenakan tindakan kerana dikatakan telah menghina Islam, adakah mereka juga menyokong tindakan hukuman yang dikenakan kepada Nabi Ibrahim itu? Aku tidaklah ingin memaksudkan bahawa tindakan Ibrahim dan Zulkifli itu sama taraf dengan tindakan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim, tetapi isunya yang menjadi persoalan aku ialah, kenapa puak-puak PAS ini mahu bersuara dalam isu Alvin dan Vivian ini. Sepatutnya kalau tidak mahu menyokong tindakan kerajaan, elok mereka berdiam diri sahaja. Ini tidak, ulasan dan hujah mereka seolah-olah menyokong dan membela golongan yang menghina Islam.



1 comment:

Anonymous said...

Manusia yang tak tahu apa yang mereka cakap, sudah gila sebab asyik jadi barua DAP, perjuang Islam apa ni.