SAHABAT BLOG

26 July 2013

Adakah Mereka Semakin Kuat atau Kita Semakin Lemah??

Vengong betullah pihak yang memulakan isu makan dalam bilik persalinan di SK Pristina. Memang Vonggok dan Tungu kerana akibat daripada tindakan mereka tersebut, Guru Besar yang creatif, perihatin dan baik hati itu telah dipandang hina dan dipandang serong malahan sudah ada pihak yang memberikan ancaman bunuh terhadap beliau. Kalau pencetus isu ini seorang warganegara yang berperikemanusiaan dan bertanggungjawab, adalah perlu bagi beliau untuk tampil memohon maaf kepada Guru Besar berkenaan kerana tindakan beliau mencetuskan isu ini di dalam facebook beliau, telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak samada pihak penyokong beliau mahupun pihak yang bersimpati dengan Guru Besar berkenaan.

Namun demikian, kalau beliau berterusan mendiamkan, bermakna beliau boleh dianggap sebagai sengaja mahu upload gambar dan isu ini bagi tujuan menimbulkan kekeruhan hubungan antara kaum dan agama di negara ini dan secara khususnya mungkin bertujuan mengenakan (menganaiya)  Guru Besar berkenaan.

Dalam masa yang sama, ada sorang lagi warganegara berbangsa India  yang aku fikir telah mengambil kesempatan ke atas isu ini untuk menghina orang Islam secara keseluruhannya. Ada ke patut beliau mengaitkan orang Islam yang menunaikan solat tetapi berkelakuan seperti anjing liar. Aku mengharapkan suatu tindakan yang tegas dikenakan kepada beliau dalam masa terdekat ini. Ini aku tidak boleh terima. Mendidih darah Melayu Islam aku bila membacanya.

Sebagai kesimpulan, satu sahaja pertanyaan aku kepada orang bukan Islam, adakah mereka sudah cukup kuat dan berani  untuk menghadapi 'amokan' orang melayu  Islam di negara ini jika berlakunya rusuhan agama sebagaimana yang berlaku dinegara luar seperti di Rohinya, China, India dan sebagainya?

Aku bukanlah bermaksud menghasut atau mengugut, tetapi cuma melontarkan pertanyaan kepada rakyat bukan Islam disamping ingin memberikan nasihat percuma supaya berhati-hati apabila membicarakan sesuatu perkara  dan hendaklah berfikir banyak kali sebelum mengentengahkan sesuatu isu yang ada kaitnya dengan hubungan antara kaum dan agama ke alam maya.  Dibimbangi  mungkin ada dikalangan orang Melayu Islam yang menyimpan dendam yang mendalam terhadap orang bukan Islam di negara kita ini. Aku percaya dendam ini semakin membara jika sekiranya orang bukan Islam berterusan cuba untuk mencetuskan polemik dan menghina kesucian Islam dan keagungan bangsa Melayu. Lebih-lebih lagi, pemimpin kerajaan yang beragama Islam pula seperti berat sebelah. Mereka lebih mudah untuk menjatuhkan hukuman terhadap orang Islam dan pada masa yang sama cukup berhati-hati untuk mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam. Contoh terkini adalah kes guru besar SK Pristina dalam isu kantin dalam bilik persalinan dan dalam kes pemuda Islam yang menculik anak cina tempohari.

Baca link di bawah ini untuk mengenali siapa yang memulakan isu ini dan siapa pula yang menghangatkannya dan siapa pula yang menjadi pembela puak-puak ini.

1.Pencetus isu

2. Menghangatkan Isu

3.  Pembela Isu

1 comment:

Anonymous said...

sesama kita sememangnya kuat dan ada jugak yang berlagak kuat tapi tak kuat. berhadapan dengan bukan kita, serta mereta bertukar menjadi lemah, lemau.