SAHABAT BLOG

07 June 2013

PAS Terengganu Jangan Membangkang Membuta Tuli


Apa yang menjadi sejarah ataupun patut dikekalkan, bangunan Kedai Payang yang uzur dan sesak itu ataupun nama Kedai Payang itu sendiri.

Kalau PAS ingin mempertahankan Bangunan Kedai Payang itu, maka jelaslah bahawa PAS ini anti pembangunan dan anti kemajuan. Interestingly, PAS ini seolah-olah tidak peduli dengan keselesaan para peniaga dan keselesaan para pengguna Kedai Payang itu.

Apa yang sejarahnya kedai Payang tu jika tidak ada nama Kedai Payang.  Orang ramai dari Luar Terengganu tidak pedulikan bagaimana rupa bentuk kedai payang itu, tetapi mereka lebih mengenangkan barangan yang dijual di kedai Payang itu. Kalau barangan itu dijual di atas tanah sekalipun, orang tetap datang ke kedai payang kerana mereka datang bukan untuk menlawat bangunan pasar kedai payang itu sendiri tetapi untuk membeli barangan di kedai payang itu sendiri. 

Oleh yang  demikian, adalah amat sesuai bangunan kedai payang itu diganti dengan yang baru dengan syarat Nama Kedai Payang itu hendaklah dikekalkan dan juga dalam tempoh pembinaan bangunan tersebut, para peniaga yang menjual di Kedai Payang itu hendaklah disediakan tempat perniagaan berhampiran kedai payang itu, kerana macam aku cakap, orang luar akan datang juga ke Kedai Payang walaupun ianya dijual di dalam khemah. Bagi mengekalkan momentum kedatangan para pelancong, maka kerajaan Tranung hendaklah memikirkan bagaimana hendak menempatkan para peniaga di kedai payang itu terus menjual barangan sebagaimana sedia ada.

Kepada PAS, aku nasihatkan supaya menjadi lebih bijak untuk menjadi pembangkang. Janganlah semua perkara hendak dibangkang dan menjadi penghasut rakyat untuk turut membangkang kerana telah terbukti banyak perkara yang korang bangkang dulu, sekarang ini korang juga yang terhegeh-hegeh ingin merebutnya. Masalah syarikat luar yang mendapat tender tu, aku sokong sesiapa sahaja yang mempunyai kredibiliti dan keupayaan untuk membina Pasar tersebut dengan baik. Telah banyak bukti bahawa syarikat kontraktor Terengganu banyak yang tidak berkualiti kerana banyak bangunan yang dibangunkan oleh mereka runtuh. Secara jujur aku tidak mempunyai keyakinan kepada syarikat kontraktor Terengganu untuk membina bangunan. Biarlah syarikat luar membinannya dengan syarat, anak-anak Terengganu henddaklah diberi keutamaan untuk menjadi pekerjanya. Aku fikir inilah peluang pekerjaan kepada anak-anak Terengganu. 

3 comments:

Anonymous said...

Ala PAS mmg tak boleh pakai dr dulu lg. Kat mana ada masalah BN kat situ depa nak jd jaguh. Tengok je la YB PAS,muka sekor2 dah nampak tak pernah ikhlas. Aku yg duduk Terengganu pun jijik tengok pasar payang. Cukup pakej...kotor,bau busuk,panas,tak teratur,sampah merata rata. Kena la buat sesuatu,takkan nak biarkan org luar datang pasar payang lepas tu balik cerita kat orang keadaan pasar payang yg buruk. Pedulikan puak2 PAS bahalol ni. Serban je besar,otak kecik.

Abd. Hadi said...

Pandangan saya, bukan semua yang Nampak kotor itu perlu diroboh... baikpulih aja.. kekalkan indentiti asal seperti Kg. China... perbaiki mana yang kotor dan tidak menyenangkan mata memandang... cuma kalau pasar paying sudah di hawa dinginkan, berapa pula sewa yang akan dikenakan??? maklumlah bil letrik pasti meningkat, bila bil meningkat, harga barang pasti meningkat. Contoh, kalau sebatang keropok lekor sekarang dijual dengan harga RM1.00... bila dijual di dalam kedai berhawa dingin, apakah harganya akan menjadi sama? atau ada caj disebaliknya... jadi saranan saya bersihkan mana yang kotor, mana yang senget...perbetulkan, mana yang usang dicat baru, Insya Allah ianya akan kelihatan cantik dan menarik.. KEKALKAN INDENTITINYA .. kalau kita pergi melancong ke Negara-Negara maju, kita lihat bangunan-bangunan lama dikekalkan dan menjadi tarikan pelancong untuk melihatnya.... jadi saranan saya lagi, kalau perlu kepada ruang tambahan, buatlah... tapi janganlah dirobohkan yang lama.... kerana itu warisan kita... dulu ada jam besar di situ, tapi sekarang sudah tidak ada lagi... hilang warisan berzaman.. kerana ianya sedikit sebanyak menceritakan sejarah kita.......

putrarahman said...

Demi pembangunan dan keperluan, eloklah tempat-tempat yang difikirkan perlu diroboh dan diganti semula dilaksanakan sebelum ianya semakin parah. Pasar Kedai Payang itu memang bersejarah, tetapi adakah bangunan yang ada itu adalah bangunan yang asal. Sudah tentu tidak kerana ianya telah mengalami pelbagai proses. Aku percaya pasar kedai payang itu pada asalnya mungkin hanya beratap rumbia, bangunan-bangunan kayu dan sebagainya. Ianya dimajukan dan dibangunkan mengikut keperluan semasa dan zaman semasa.