SAHABAT BLOG

14 May 2013

BN, mesti buat petisyen kawasan kalah...

Pakatan Rakyat sedang berusaha dengan bersungguh untuk ambil alih Putrajaya Dari BN. Mereka sanggup untuk melakukan perkara yang melanggar undang-undang asalkan hasrat mereka tercapai. Dimulai dengan perhimpunan ditempat tertutup, tidak mustahil mereka akan merebak ke jalanraya, jika sekiranya perhimpunan mereka yg dipanggil 505 itu tidak berjaya.

pada mass yang sama mereka juga sedang. Merancang untuk membuat petisyen di 27 kawasan yang mereka kalah tipis dengan harapan keputusan petisyen itu Nanti akan memihak kepada mereka. Walaupun aku percaya bahawa tindakan mereka tersebut bakal sia-sia, namun BN hendaklah jangan memandang ringan kerana itu merupakan satu ancaman kepada bn. Oleh yg demikian, bn hendak mengambil tindakan yang sama dengan membuat petisyen di kawasan yang bn kalah tipis.

BN hendak melaksanakan gerak kerja untuk mengumpul bukti Dan maklumat untuk dijadikan bukti petisyen itu nanti.

Kalau dibuat kajian, kenapa pengundi cina hampir 90 %menolak bn. Tidak logik rasanya perkara ini berlaku dalam keadaan ekonomi negara tidak menghadapi masalahsemasa pemerintahan Najib. Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena dimana-mana sehingga perkara ini terjadi.

Tentu ada sesuatu yang dilakukan oleh pihak pr sehingga perkara ini berlaku. Bn tidak boleh hanya menerima dengan berlapang dada sahaja tanpa disiasat.
.


 

No comments: